tag:blogger.com,1999:blog-77412077464861109382024-02-20T03:28:05.571+08:00Soleh Imansoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.comBlogger182125tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-29396623670654592132019-09-09T22:03:00.000+08:002019-09-09T22:03:28.313+08:00 Remaja jual petai mendaftar di USM

Safina Ramli

02 September 2019 1:42 PM

PULAU PINANG 2 Sept. - Ketika pelajar lain ditemani ibu bapa pada sesi pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini, situasi berbeza pula berlaku bagi Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, kerana desakan kemiskinan.

Remaja yang berasal dari Gua Musang, Kelantan itu mengambil keputusan untuk datang sendiri ke Pulau Pinang dengan menaiki bas tanpa ditemani keluarga kerana mahu menjimatkan wang perbelanjaan.

Dia yang merupakan anak ketiga daripada 12 beradik itu juga mencuri perhatian ramai pada sesi pendaftaran pelajar baharu ke USM kerana kisah hidupnya yang tular menerusi media sosial ekoran terpaksa menjual petai untuk menampung perbelanjaannya bagi memasuki USM.

Muhammad Izzat berkata, dia menaiki bas ke Pulau Pinang seorang diri kelmarin dan menumpang tidur di rumah bapa saudara di Bayan Lepas di sini, sebelum mendaftar masuk ke USM hari ini.

"Saya datang sendiri dari Gua Musang tanpa ditemani ibu bapa kerana mahu jimatkan wang perbelanjaan dan saya berterima kasih kepada bapa saudara di sini yang banyak membantu menguruskan pendaftaran saya ke USM.

"Saya bersyukur kerana dapat meneruskan pengajian di USM walaupun sebelum ini saya hampir menangguhkan pengajian kerana tidak mampu membayar wang pendaftaran," katanya ketika ditemui di USM, di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Muhammad Izzat yang merupakan seorang anak penoreh getah di Kampung Limau Kasturi 1, Gua Musang gigih mencari wang untuk menyambung pengajian di universiti dengan membantu ibunya menjaja petai dan sayuran kampung.

Muhammad Izzat bercadang menangguhkan pengajiannya selepas tidak mampu mengumpul wang pendaftaran untuk belajar di USM.

Menurut Muhammad Izzat, dia mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan kepadanya selepas kisahnya tular di dalam media sosial.

"Saya membayangkan tidak lagi dapat menyambung pengajian di USM namun dengan bantuan orang ramai saya dapat meneruskan cita-cita saya.

"Terima kasih kepada yang telah membantu dan saya akan ingat pesanan ibu bapa agar belajar bersungguh-sungguh di sini," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Izzat berkata, dia juga bercadang melakukan kerja sampingan untuk menampung pengajian di USM.

- UTUSAN ONLINE

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-10456887481790874422016-08-19T20:50:00.000+08:002016-08-19T20:50:08.695+08:00 MENEGAKKAN ISLAM MELALUI USAHA RUNDINGAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

PASIR MAS: Islam bukan sahaja tertegak dengan dakwah mahupun pembukaan negeri atau peperangan, tetapi juga menerusi usaha rundingan, demikian diterangkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Jelasnya, perkara itu sebagaimana perjanjian dimeterai melibatkan orang Islam, Yahudi dan Musyrikin dalam Sahifah Madinah untuk tunduk di bawah Kerajaan Islam yang bermula dengan rundingan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan utama pada Himpunan Menyokong RUU355 di Stadium Mini, di sini 15 Ogos lalu.

“Tak salah PAS berunding untuk melaksanakan Islam. Baca sirah nabawiyah. Mengaji dengan kitab, jangan mengaji dengan internet. Apabila pemimpin-pemimpin Musyrikin dan Yahudi bosan dengan ketua-ketua mereka yang berperang di antara satu sama lain. Ada kalangan mereka fitrahnya dan hatinya baik, menerima Islam memerintah.

“Di peringkat awalnya, orang Islam adalah minoriti, bukan Islam majoriti. Orang Islam bersatu Muhajirin dan Ansor, orang bukan Islam bergaduh di antara satu sama lain, ini kekuatan yang mesti faham. Maka dimeteraikan Sahifah Madinah, perjanjian Madinah.

“Di antara yang disebut di dalam perjanjian ini, sebarang perkara yang menjadi pertelingkahan di kalangan semua pihak terlibat di dalam perjanjian ini hendaklah dikembalikan kepada Allah, yakni al-Quranul Karim dan Muhammad Rasulullah s.a.w,” ujarnya menegaskan bahawa perkara itu menunjukkan negara menjadikan Islam sebagai hukum tertinggi.

Malah menurut beliau, ketika Inggeris, British, Perancis, Belanda dan lain-lain kuasa ke negara lain secara penjajahan, para Sahabat r.a dan tabi’in ke seluruh pelusuk dunia melakukan ‘al-Futuhatul Islamiyah’ iaitulah Pembukaan Islam.

Jelasnya, rakyat negara tersebut tidak dipaksa menganut Islam, bahkan rumah ibadat agama lain tidak dimusnahkan, hingga Islam melebar ke benua Asia, Afrika dan Eropah dengan membuka hati-hati manusia menyebabkan mereka menerima Islam.

“Rahsianya ialah adilnya syariat Allah s.w.t. Berlakunya keamanan, penjenayah berhenti melakukan jenayah, perompak takut nak merompak, yang berdosa banyak bertaubat. Bukan tak ada salah langsung, ada. Tetapi Islam dapat mengatasi keburukan manusia,” terangnya.

Tuan Guru turut menjelaskan betapa peranan dakwah yang telah digerakkan PAS sebagai parti politik, menerusi pemerintahan kerajaan, bersama pelbagai pihak termasuk pernah menyertai Kerajaan Campuran dan BN telah memberikan anjakan berkaitan penerimaan terhadap Islam.

Menurutnya, walaupun usaha untuk menegakkan syariah berdepan cabaran salah faham putar belit, ditakut-takutkan dengan gambaran kekerasan dan kafir mengkafir, dipenjara serta ancaman ugutan, akhirnya penerimaan umum telah membawa kepada perundingan.

“Akhirnya orang ajak dan setuju nak berunding, nak berdamai. Maka kita (PAS) terima. Ini Quran suruh begitu, bertawakal kepada Allah (ayat 61 surah al-Anfal), bukan kita pandai-pandai buat, Quran mengarahkan. Hasil perundingan inilah, maka kita berjaya mengemukakan usul 355 untuk dibahaskan di Parlimen melalui undi pada akhirnya.

“Ini baru peringkat awal, ini tanggungjawab kita. Kita buka peluang (penerangan) kepada semua pihak, bukan sahaja masa, termasuklah keadaan, bukan sahaja di Parlimen, juga di luar Parlimen. Alhamdulillah, semua saudara-saudara yang mengundi PAS dalam pilihan raya, sudah menunaikan tanggungjawab yang besar.

“Kerana wakil-wakil saudara di Parlimen, di Negeri, menunaikan tanggungjawab yang besar untuk jadi saksi pada hari kiamat kelak. Ini yang paling penting sekali. Masalah boleh tak boleh, itu hal lain, kita kena faham. Niat di hati kita ikhlas, marilah. Dan kita kena sedar, dunia pada hari ini sangat takut kalau Islam dilaksanakan balik,” terang beliau.soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-65624051219417403342015-09-18T13:00:00.000+08:002015-09-18T13:00:04.090+08:00 Tragedi kren: Haji dan takdir

SAIFULIZAM MOHAMAD | 17 September 2015 1:24 AM

Kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan Arab Saudi (10.45 malam waktu Malaysia) Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan berita kren tumbang di Masjidilharam akibat ribut yang sehingga kini mengorbankan lebih 100 jemaah haji termasuk dari Malaysia.

Jemaah Malaysia yang terlibat ialah Rusiah Suar, 56, yang berasal dari Sungkai, Perak; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; Munah Jusoh, 74, Cherang Ruku, Kelantan; Siti Nuroshlizan Zolkifli, 37, Tanah Merah, Kelantan dan Zainun Taha, 69, Ampang, Selangor.

Sebanyak 10 lagi jemaah haji Malaysia mengalami kecederaan dan lima daripadanya telah dibenarkan pulang ke maktab masing-masing selepas menerima rawatan manakala selebihnya masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut ekoran mengalami patah di beberapa anggota badan.

Seandainya lima jemaah yang cedera itu masih belum sembuh sehingga Hari Wukuf yang dijangka pada 23 September ini, waris di tanah air tidak perlu bimbang kerana pihak pengurusan Tabung Haji di Tanah Suci tetap akan memastikan mereka berada di Padang Arafah pada tarikh tersebut.

Sehari sebelum wukuf kebiasaannya semua jemaah akan menuju ke Padang Arafah dengan menggunakan pengangkutan awam tetapi bagi urusan pengangkutan jemaah yang uzur Tabung Haji akan menguruskannya termasuk penempatan mereka di padang tersebut.

Wukuf di Padang Arafah adalah salah satu rukun haji dan juga kemuncak dalam ibadat tersebut, oleh itu sesiapa yang gagal berada di tempat berkenaan dalam seketika iaitu bermula Zuhur 9 Zulhijah (23 September ini) sehingga sebelum fajar 10 Zulhijah maka seseorang itu tidak dikira memperoleh haji.

Berbalik kepada insiden kren tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan saie, kejadian itu benar-benar mengejutkan rakyat negara ini dan dunia secara keseluruhannya. Malah Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz telah berjanji untuk menyiasat punca utama kren tumbang ketika melawat lokasi kejadian. Baginda juga berjanji akan mengumumkan hasil siasatan tersebut.

Paling menyentuh hati gambar baginda bersama-sama dengan jemaah lain mengangkat keranda salah seorang mangsa korban kejadian tersebut menjadi viral malah turut dipaparkan dalam #UtusanLive.

Bagi waris lima jemaah Malaysia yang terkorban dalam kejadian tersebut sudah tentu akan merasai kehilangan keluarga mereka yang sepatutnya pulang ke tanah air pada bulan depan secara beransur-ansur selepas selesai menunaikan ibadah haji. Namun apakan daya ketentuan Allah adalah segala-galanya, apabila kelima-lima jemaah Malaysia itu dipanggil mengadap Ilahi selepas terkorban dalam kejadian kren tumbang itu.

Sesungguhnya kematian para jemaah tersebut adalah sebaik-baik kematian kerana mereka mengadap Ilahi di saat mereka berada di dalam Masjidilharam yang dijanjikan ganjaran sebanyak 100,000 kali ganda yang mungkin pada masa itu masing-masing sedang mengabdikan diri kepada Allah.

Menurut sebuah hadis dari Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Satu sembahyang di masjidku lebih afdal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali Masjidilharam (di Mekah) dan satu sembahyang di Masjidilharam pula lebih afdal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”

Apatah lagi sekiranya ada dalam kalangan mereka itu terkorban ketika masih dalam pakaian ihram kerana menunaikan ibadah umrah. Secara zahirnya kematian pada jemaah terlibat amat mulia di sisi Allah SWT. Yang pasti lima mangsa jemaah Malaysia termasuk mangsa-mangsa lain juga akan disembahyangkan oleh jutaan jemaah lain di Masjidilharam dan kelebihan itu hanya dinikmati oleh mereka yang meninggal dunia di Mekah.

Cuba lihat salah satu intipati ayat 34 surah al-Luqman yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” Ayat al-Quran di atas dengan jelas memberitahu bahawa kematian adalah rahsia Allah dan hanya Allah sahaja yang tahu di bumi manakah seseorang hamba itu akan meninggal dunia.

Demikianlah takdir lima jemaah Malaysia itu bersama-sama dengan 102 jemaah negara lain apabila mereka semua dijemput menemui Allah di bumi Mekah yang suci. Inilah qada dan qadar yang telah ditentukan buat mereka.

Pujian juga harus diberikan kepada pihak pengurusan Tabung Haji di Tanah Suci apabila segera bertindak mengerahkan pasukan khas mereka yang terdiri daripada pasukan kebajikan, perubatan dan unit peronda mengesan jemaah Malaysia sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

Tabung Haji turut bekerjasama dengan Muassasah Asia Tenggara ketika berusaha menjejaki jemaah Malaysia yang mungkin terlibat dalam kejadian tersebut. Akhirnya mereka berjaya mengesan 10 jemaah yang cedera sebelum dimaklumkan lima lagi jemaah disahkan meninggal dunia. Kini pihak Tabung Haji sedang memperhebatkan lagi pencarian dua lagi jemaah Malaysia yang masih hilang iaitu Abdul Habib Lahman, 68 dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, Kodiang, Kedah.

Kepada para jemaah yang lain, lakukanlah ibadat sehingga selesai kerja-kerja haji dengan penuh khusyuk dan tawaduk kerana sesungguhnya peluang untuk menunaikan rukun kelima Islam itu terlalu mahal nilainya.

Gunakanlah peluang berada di Tanah Suci dengan sebaik-baiknya dan letakkanlah harapan yang tinggi supaya segala ibadat yang dikerjakan di Tanah Suci diterima oleh Allah. Mohonlah juga pada Allah agar semua jemaah dapat menunaikan kerja-kerja haji dengan lancar dan sempurna tanpa berlaku lagi kejadian yang tidak diingini.

Penulis dan semua umat Islam di tanah air akan sentiasa mendoakan kebaikan serta kesejahteraan para jemaah Malaysia serta seluruh dunia di Tanah Suci. Mudah-mudahan semua jemaah negara ini akan memperoleh haji mabrur.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/tragedi-kren-8232-haji-dan-takdir-1.136848#sthash.VGuFkMZW.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-44085620653182371572015-09-18T09:00:00.000+08:002015-09-18T09:00:02.233+08:00 Bantu jemaah haji, umrah di tanah suci

MUHAMMAD RAFIE MOHD. ARSHAD menunjukkan salah satu aplikasi Android berkaitan ibadat haji dan umrah yang dibangunkan penyelidik USM di Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.

USM bangunkan aplikasi mudah alih Android

MOHD. KHUZAIRI ISMAIL | 16 September 2015 12:10 AM

PULAU PINANG 15 Sept. - Dalam usaha membantu jemaah haji dan umrah melakukan ibadat di tanah suci Mekah dan Madinah dengan sempurna, penyelidik USM membangunkan beberapa aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit.

Antara aplikasi mudah alih yang menggunakan medium Android itu adalah M-Umrah; Jelajah Maya Madinah; Penjejak Lokasi Makkah AR; Penjejak Lokasi Madinah AR dan Sistem Penjejak Lokasi Makkah GPS.

Menurut penyelidik dan pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer USM, Prof. Madya Muhammad Rafie Mohd. Arshad, usaha itu bagi membantu mempermudahkan ibadat jemaah haji dan umrah terutama dalam kalangan mereka yang pertama kali mengerjakan ibadat tersebut.

Dengan aplikasi M-Umrah misalnya, kata beliau, para jemaah boleh mendapatkan panduan mengenai cara-cara mengerjakan ibadat umrah daripada persediaan di tanah air sehingga selesai.

Tambahnya, aplikasi itu dibangunkan melibatkan komponen permasalahan, tatacara, bacaan doa serta semakan akhir (sah atau tidak) dengan sistem carian para jemaah umrah.

“Sistem ini juga dibangunkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara percuma serta versi pro yang berbayar termasuk dalam bahasa Indonesia,” katanya.

Tambah beliau, aplikasi Jelajah Maya Madinah pula bertujuan membantu mereka yang ingin menjejaki kota suci Madinah dengan tatacara yang mengikut sunah dan adab-adab tertentu di samping pelbagai panduan yang boleh diikuti.

Tambahnya, aplikasi Penjejak Lokasi Makkah AR; Penjejak Lokasi Madinah AR dan Sistem Penjejak Lokasi Makkah GPS pula dapat membantu jemaah mencari arah ke lokasi yang ingin dituju pada peta yang berintegrasi dengan lantai Masjidilharam sekali gus memudahkan jemaah mengetahui kedudukan mereka.

Menariknya, kata beliau, usaha juga dibuat untuk membangunkan aplikasi Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Tersesat SMS/GPS berasaskan sistem pengoperasian Android.

“Sistem ini boleh digunakan untuk menjejak lokasi jemaah yang hilang atau kedudukan petugas di lapangan yang terdiri daripada Tablet Pelayan - Pusat Kawalan yang mengendalikan penerimaan SOS SMS bagi mendapatkan bantuan untuk jemaah yang mendaftar,” jelasnya.

Menurut beliau, kesemua aplikasi itu dibangunkan menggunakan geran penyelidikan di bawah Universiti APEX dan Kluster Penyelidikan Haji sejak beberapa tahun lalu.

“Kita berharap usaha ini dapat membantu umat Islam di seluruh dunia mengerjakan haji atau umrah dengan sempurna berdasarkan panduan-panduan yang disediakan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/bantu-jemaah-haji-umrah-di-tanah-suci-1.136300#sthash.iM8rsWAN.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-13507520369561607872015-09-17T23:30:00.000+08:002015-09-17T23:30:01.750+08:00 Persiapan Operasi Masyair berjalan lancar

16 September 2015 12:10 AM

MEKAH 15 Sept. – Tabung Haji sudah membuat persiapan rapi bagi menghadapi hari wukuf yang dijangka jatuh pada 23 September ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kerja-kerja menyiapkan segala kemudahan di tapak perkhemahan jemaah berjalan lancar dan hampir siap.

“Persiapan untuk Operasi Masyair sudah di peringkat akhir. Kita sudah meninjau keadaan tapak perkhemahan jemaah Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Kerja-kerja membersihkan kawasan di Arafah telah selesai dan kini masuk fasa mendirikan khemah pula,” katanya selepas mengadakan tinjauan persiapan Operasi Masyair di ketiga-tiga tempat dekat sini hari ini.

Sempena lawatan itu juga, satu majlis menaikkan Jalur Gemilang turut diadakan di situ.

Menurut beliau, semua kemudahan akan siap tidak lama lagi.

Beliau berkata, jemaah haji Malaysia akan bergerak dari Mekah ke Arafah menaiki bas bermula 8 Zulhijjah.

“Jemaah haji Malaysia akan dibawa dari Mekah ke Arafah menaiki bas bermula 8 Zulhijjah bersamaan 22 September selepas solat Zuhur.

“Mereka akan berada di Arafah sehingga keesokan hari 9 Zulhijjah untuk berwukuf dan bergerak ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib.

Menurut Syed Saleh, jemaah haji akan bermabit di Muzdalifah yang ditetapkan pada pukul 11.40 malam.

“Tabung Haji mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dan Muassasah Asia Tenggara kerana memberi tapak lebih awal,” katanya.

Katanya, lokasi tapak yang diberikan sama seperti tahun lalu dan memudahkan Tabung Haji membuat perancangan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah surau, pusat rawatan, bilik maklumat operasi dan pejabat maktab. – utusan

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/persiapan-operasi-masyair-berjalan-lancar-1.136514#sthash.SOCm3BA8.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-69590358764799679272015-09-17T22:34:00.000+08:002015-09-17T22:34:14.247+08:00 Aurat dipelihara, hidup sejahtera
PELAJAR wanita Indonesia daripada beberapa buah universiti berlainan menyerahkan pamplet mengenai kempen menutup aurat di Jakarta, Indonesia beberapa tahun lalu.

Pelaksanaannya perlu berteraskan ketakwaan
15 September 2015 5:00 PM

WANITA merupakan insan istimewa ciptaan Allah. Kehadiran mereka menjadi pelengkap dan penyeri hidup seorang lelaki. Nikmat dikurniakan ibu yang penyayang, isteri peneman hidup dan anak penghibur hati perlulah disyukuri.

Sejajar dengan amanah yang perlu digalas sebagai ketua keluarga, kewajipan tentang penjagaan aurat wanita perlu diterapkan dengan berhikmah. Ini merupakan jaminan untuk mengecapi hidup sejahtera di dunia hingga ke akhirat. Firman Allah dalam Surah al-Tahrim, ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Namun harus diingatkan juga bahawa kewajipan menutup aurat bagi lelaki juga telah ditetapkan oleh syariat Islam. Sepertimana isteri dan anak-anak perempuan, jangan pula diabaikan juga anak-anak dan saudara-saudara lelaki kita.

Sanggupkah kita melihat isteri dan anak-anak diseksa dan diazab kerana tidak menutup aurat? Marilah kita sama-sama menghayati bagaimana yang dikatakan aurat dijaga, hidup sejahtera. Moga-moga ia boleh bermanfaat dan dikongsi bersama ahli keluarga.

TUTUP AURAT PERINTAH ALLAH

Menutup aurat adalah perintah Allah, bukannya satu fesyen dan trend yang menjadi ikutan.

Secara jelas Allah menyatakan dalam Surah An-Nur, ayat 31, bermaksud : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Menutup aurat merupakan salah satu manifestasi iman bagi perempuan dan lelaki. Mana mungkin kita mengaku beriman dengan lidah, membenarkan dengan hati, tetapi kita gagal menterjemahkan melalui perbuatan. Menutup aurat bukan kerana cantik, untuk nampak baik atau untuk menutup kekurangan diri tetapi menutup aurat biarlah berprinsip dan digarap dengan kefahaman tauhid yang jelas.

Kesempurnaan dalam menutup aurat

Mari kita fikirkan, apa akan terjadi pada hidangan tanpa ditutup? Sudah pasti hidangan ini dihinggapi lalat, lantas menghilangkan selera kepada penggemarnya. Islam secara jelas menggariskan ciri-ciri menutup aurat melalui Surah al-Ahzab , ayat 59, maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Kesempurnaan aurat meliputi tudung yang tidak jarang dan labuh menutup dada. Manakala pakaian pula, mestilah labuh, kain yang tebal dan tidak ketat sehingga menampakkan susuk badan. Realiti masyarakat hari ini, sebahagian menyangka dengan bertudung mereka telah menutup aurat. Sedangkan, ciri-cirinya masih belum ditepati.

Natijahnya, gambaran tentang bertudung sudah semakin tercemar. Kita ghairah mengikut budaya masyarakat lain. Hasilnya lahirlah busana Muslimah yang pada hakikatnya tidak menepati syariat. Mari kita fikirkan sejenak, adakah isteri dan anak-anak kita telah menutup aurat dengan sempurna. Atau sekadar mengikut orang yang mereka suka? Perkara ini yang perlu dijelaskan sebagai tanda kasihkan mereka.

PENDIDIKAN SEJAK KECIL

Mulakan kefahaman ini dengan menekankan sifat malu sebagai amalan. Perasaan malu adalah asas kepada akhlak yang mulia, termasuklah keinginan menutup aurat. Jika tidak, masakan Rasulullah S.A.W secara sinis menjelaskan melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam

al-Bukhari daripada Uqbah bin Amru RA maksudnya: “Antara perkara yang masih diamalkan umat manusia daripada ajaran Nabi terdahulu ialah ‘Jika engkau tidak malu, buatlah apa saja yang kamu mahu.”

Justeru, teraplah budaya pakaian yang menutup aurat sejak kecil. Berilah pujian dan galakan dengan membeli pakaian yang cantik dan menepati syariat. Bukannya membeli pakaian yang mendedahkan aurat dan mencolok mata.

Didiklah mengikut tahap dan peringkat. Semailah minat dan rasa cinta hidup berpandukan syariat sejak awal, pasti kesannya akan berpanjangan. Moga-moga tindakan hari ini menyelamatkan kita pada masa akan datang.

KESAN TIDAK MENUTUP AURAT

Melihat masalah sosial hari ini, menimbulkan kegusaran di hati. Apabila wanita gagal menutup aurat dengan sempurna, pintu maksiat akan terbuka. Eksploitasi wanita semakin bermaharajalela.

Masih ingatkah mengenai pengajaran tentang aurat dalam Peristiwa Israk Mikraj? Bayangkan rambut yang menjadi kebanggaan, diikat dan digantung sehingga menggelegak otaknya. Sanggupkah kita melihat anak dan isteri kita diazab sedemikian rupa? Justeru, apa lagi? Buktikan kasih sayang pada golongan wanita ini. Tarbiahlah mereka agar perintah Allah ditepati.

KESIMPULAN

Menutup aurat merupakan kewajipan setiap Muslim. Ia perlu dilaksanakan berteraskan ketakwaan kepada Allah.

Didiklah anak-anak dan isteri menutup aurat dengan sempurna selaras tuntutan syariat untuk menutup ruang dan jalan maksiat dalam kalangan masyarakat.

Pendidikan tentang kepentingan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan perlu bermula sejak kecil. Pengabaian terhadap perkara penting ini akan memberi kesan buruk kepada gaya hidup bersyariat orang yang kita sayang. - Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/aurat-dipelihara-hidup-sejahtera-1.136234#sthash.LhYswdvz.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-60147023466963549872015-09-16T16:00:00.000+08:002015-09-16T16:00:08.902+08:00 Hari Wukuf jatuh pada 23 September

15 September 2015 2:01 AM

SEPANG 14 Sept. – Pada tahun ini, Hari Arafah atau Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji ditetapkan pada 23 September atau bersamaan 9 Zulhiljjah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Kerajaan Arab Saudi mengumumkan tarikh tersebut selepas 1 Zulhijjah di negaranya adalah jatuh pada esok.

“Dengan pengumuman itu, semua jemaah haji dari seluruh dunia termasuk Malaysia akan berkumpul di Arafah untuk menjalani ibadah kemuncak haji.

“Tabung Haji telah melakukan persiapan supaya perjalanan jemaah haji Malaysia bagi melaksanakan ibadah wukuf berjalan lancar,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum berlepas ke Arab Saudi bagi menguruskan jenazah jemaah haji Malaysia yang terkorban dalam kejadian tren tumbang di Masjidilharam, Mekah, Jumaat lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hari-wukuf-jatuh-pada-23-september-1.136111#sthash.42UAjUbV.dpuf

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-72373177981868398402015-09-16T11:00:00.000+08:002015-09-16T11:00:01.960+08:00 #FRANKFURT – Konsep Toyota C-HR akan menjadi kenyataan

Astro Publication |  September 15, 2015 17:20 MYT

Toyota baharu sahaja mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah lagi model baharu dengan rekaan yang berdasarkan konsep C-HR kedua. Pengumuman ini dibuat setelah kereta konsep tersebut dibongkarkan kepada dunia di Frankfurt.

SUV bergaya, dinamik dan ringan ini akan berada di dalam segmen di bawah model RAV4; dan menggunakan platform baharu. Platform yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada TNGA (Toyota New Generation Architecture).

Konsep C-HR di Frankfurt sekarang adalah versi yang kedua. Versi yang sebelumnya muncul buat kali pertama di pameran kereta Paris tahun lepas. Walaupun kedua-dua versi kelihatan sangat menawan, terdapat beberapa perbezaan – yang paling jelas adalah pertambahan daripada tiga pintu kepada lima pintu. (Rujuk gambar di bawah)

Warna bumbung juga telah berubah daripada dwi-warna (biru dan hitam) kepada warna hitam berkilat sekarang.

Toyota merancang untuk menunjukan model C-HR yang telah siap untuk pengeluaran pada pameran kereta Geneva bulan Mac 2016 kelak.

(Klik untuk galeri penuh)

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-41865447188610544402015-09-16T08:00:00.000+08:002015-09-16T08:00:00.917+08:00 Objek besar dikesan berhampiran kawasan serpihan MH370 ditemui di Pulau Reunion

Objek tersebut dilaporkan dikesan terapung di Lautan Hindi, 70 kilometer ke barat daya Pulau Reunion, oleh seorang juruterbang Air France. - Gambar Fail

Agensi |  September 15, 2015 21:28 MYT

SAINT-DENIS DE LA REUNION: Hampir dua bulan selepas serpihan pesawat MH370 ditemui di Pulau Reunion, satu lagi objek besar dikesan terapung di luar kawasan pulau sama.

Objek tersebut dilaporkan dikesan terapung di Lautan Hindi, 70 kilometer ke barat daya Pulau Reunion, oleh seorang juruterbang Air France.

Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pulau Reunion, Siva Vadivelou memaklumkan objek itu dikesan ketika pesawat berkenaan berada pada ketinggian yang tinggi.

"Objek berkenaan sudah tentu mempunyai saiz yang besar, kerana ia boleh dilihat pada ketinggian tinggi," jelas Vadivelou.

Vadivelou memaklumkan maklumat berkenaan objek itu kemudian dilaporkan ke perkhidmatan marin Pulau Reunion.

Bagaimanapun pihak berkuasa Pulau Reunion masih tidak dapat memberikan butiran lanjut, tempoh masa yang diperlukan untuk menentukan apa sebenarnya objek tersebut.
Pasukan penyiasat Perancis baru-baru ini mengesahkan serpihan yang dikenali sebagai 'flaperon' yang ditemui di pantai Pulau Reunion, milik pesawat MH370, yang hilang dengan 239 penumpang ketika dalam penerbangan dari Malaysia ke China pada 8 Mac 2014.

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-2001507113950576812015-09-15T23:09:00.000+08:002015-09-15T23:09:05.965+08:00 'Saya takkan pakai baju merah' - Nazir Razak

16 September adalah hari untuk meraikan kepelbagaian di Malaysia - Nazir

Madiha Abdullah, Astro Awani |  September 13, 2015 09:55 MYT

KUALA LUMPUR: Rabu 16 September ini adalah hari di mana rakyat Malaysia perlu meraikan kepelbagaian yang berjaya dibentuk di negara ini.

Itu yang dinyatakan Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dalam catatan terbaharu di laman Instagram miliknya, sekaligus menolak untuk memakai 'baju merah' yang dilihat sinomim dengan cadangan sesetengah pihak untuk mengadakan "Perhimpunan Baju Merah" yang diwar-warkan bakal diadakan pada tarikh tersebut.

Dalam status yang dimuat naik semalam itu, kata Nazir, kepelbagaian tersebut, yang boleh didapati dalam banyak aspek seperti agama dan budaya, adalah satu perkara penting yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan tersendiri.

Secara tidak langsung, ia dilihat sebagai satu 'protes kecil' Nazir terhadap perhimpunan yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu itu.

Perhimpunan Baju Merah atau turut dikenali sebagai 'Himpunan Rakyat Bersatu' dijangka akan berlangsung pada 16 September ini, walaupun masih tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, penganjur dilihat tetap bertegas untuk melaksanakannya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini memberitahu pihaknya akan menimbangkan untuk memberi kebenaran sekiranya perhimpunan dibuat di kawasan tertutup.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata polis tidak akan membenarkan penganjuran perhimpunan berkenaan diadakan atas faktor keselamatan.
Manakala penganjur, Gabungan NGO-NGO Malaysia berkata perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Padang Merbok itu akan diteruskan meskipun permit yang dimohon daripada pihak berkuasa masih belum diperolehi.

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-13178044760120372582015-09-15T07:00:00.000+08:002015-09-15T07:00:04.481+08:00Honda CR-Z Turbo

FAIZAL & FOTO: SHAH BAHULU
10 SEPTEMBER 2015

SIAPA sangka sebuah jentera ‘hibrid’ Honda CR-Z yang pada asalnya dikeluarkan untuk menarik golongan muda menggunakan kenderaan cekap tenaga di jalan raya, telah di serapkan ke dunia sukan permotoran oleh pengguna jentera ini.

Ini kerana jentera ini mempunyai potensi yang tersendiri apabila ia didatangkan bersama enjin berkapasiti 1.5 liter hibrid bersama resipi signatur dari Honda iaitu ‘Intelligent - Variable Valve Timing and Lift Electronic Control’ atau lebih dikenali sebagai i-Vtec.

Selain potensi prestasi jentera ini yang sering menjadi bualan, reka bentuk ‘coupe’ dua pintu ini kelihatan begitu ‘sporty’ dan pada masa yang sama ia adalah jentera hibrid. Sungguh unik. Honda CR-Z merupakan nama bagi singkatan ‘Compact Renaissance Zero’ yang bermaksud ia diilhamkan menerusi prinsip seni Renaissance.

Ternyata percaturan itu berjaya. Untuk ruangan Mod kali ini, Sinar Turbo akan memaparkan Honda CR-Z yang telah ditambah baik prestasinya.

Suntikan turbo jenis ‘bolt on’ pada enjin asal jentera ini merupakan satu modifikasi yang boleh dianggap sebagai berani dilakukan kerana talaan asal jentera ini dilakukan bersesuaian untuk penggunaan petrol yang optimum dan di selaraskan untuk motor elektrik pada jentera ini.

Turbo yang digunakan pada enjin ini adalah turbo ‘bolt on’ dari jenama Rotrex bersama-sama ‘blow in’ dari Synapse. Selain modifikasi ‘bolt on’ yang di lakukan terhadap enjin jentera ini, beberapa sesi naik taraf yang lain turut dilakukan.

Pada bahagian ‘crank pulley’ enjin ini telah digantikan dengan “crank pulley’ jenis ringan dari Arospeed. Untuk prestasi pecutan yang optimum, bahagian ‘throttle-body’ enjin sudah menjalani proses ‘port n polish’ untuk menyerlahkan lagi prestasi daya pecutan pada jentera ini. untuk bahagian ‘intake’ udara pula pemilik menggunakan jenis ‘Fit’ dari Honda.

Radiator asal milik jentera ini telah digantikan dengan radiator jenis aluminium dari Forged Racing. Untuk saliran ‘intercooler’ enjin, saluran paip jenis aloi telah digunakan bagi memelihara suhu udara yang akan disalirkan terhadap sistem ‘intercooler’ tersebut.

Pada bahagian elektronik, Hondata Flashpro sekali lagi menjadi pilihan buat mereka yang memiliki jenama Honda. Pada bahagian kotak gear jentera ini, kebanyakan barangan selepas pasaran yang digunakan adalah dari OEM. Untuk bahagian kawalan memberhentikan jentera ini, penggunaan brek dari Nashin jenis 4 pot telah menjadi pilihan bagi mengawal mutu membrek jentera Honda CR-Z ini.

Bagi mendapatkan cengkaman dan juga kestabilan yang maksimum pemilik menggunakan suspensi jenis boleh laras dari PRS. Melengkapkan prestasi itu tayar Series bersaiz 215/35/18 bersama-sama rim ROTA Grid bersaiz 18 9jj digunakan untuk kepuasan melayan selekoh.

Pada bahagian dalaman pula, masih lagi dikekalkan ciri-ciri asal jentera ini. Cuma beberapa penambahan seperti ‘boost meter’ dan juga beberapa aksesori OEM pada bahagian dalaman jentera ini. Turut terlihat kit badan OEM turut disisipkan pada imej luaran jentera tersebut. Selain itu, jentera ini juga dilengkapi bar topang hadapan dan juga bar anti olengan untuk menambahkan lagi kekuatan kerangka jentera.

Kredit sepenuhnya diberikan kepada pemilik jentera hebat ini iaitu saudara Farhan (Paan) kerana segala usaha beliau menaik taraf jentera ini ke peringkat berlainan di dalam kelasnya. Kemahiran modifikasi jentera ini pula dibantu oleh bengkel Avantgarde yang memberikan sentuhan modifikasi yang unggul.

Modifikasi jentera ini membuktikan bahawa minat dan keinginan dapat mengubah segala ketidakmungkinan. Dahulunya sebuah jentera hibrid yang ‘sporty’, kini ia adalah sebuah jentera berprestasi dalam sukan pemotoran dan juga dunia penalaan.

SPESIFIKASI

Model : Honda CRZ
Engine asal : 1.5L
Modifikasi enjin: bolt on Rotrex supercharger , Honda Fit intake , Arospeed light weight crank pully , intercooler with full alloy piping, synapse blow in , open pod , Forged radiator , port n polish throttle body , ekzos Mugen keluli tahan karat
Elektronik : Hondata flashpro.
Kotak gear: OEM
Sistem brek : Nashin 4 pot
Tayar dan rim : rota grid 18 9jj all round tayar siries 215/35/18
Suspensi : PRS high low soft hard body shift.
Luaran: OEM , topang bar depan & bar anti olengan
Dalaman: Defi boost meter, OEM
Bengkel : Avantgarde
Pemilik : Farhan (Paan)soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-44375894725127532132015-09-14T22:00:00.000+08:002015-09-14T22:00:05.301+08:00Bahan kimia tumpah, laluan sesak teruk
Gambar kejadian yang menjadi viral di laman sosial.

WARTAWAN SINAR HARIAN
14 SEPTEMBER 2015

SHAH ALAM - Laluan utama, Lebuh raya Guthrie menuju Shah Alam mengalami kesesakan teruk apabila berlaku kejadian tumpahan bahan kimia di kilometer 1.1 berhampiran Seksyen U8, pagi ini.

Jurucakap bomba berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila asid yang dibawa sebuah kenderaan dari Rawang tumpah ke permukaan jalan raya.

"Pasukan Hazmat (Pasukan Unit Bahan Berbahaya) telah berjaya mengawal bahan kimia dari terus merebak dan setakat ini dilaporkan tiada sebarang kecederaan," katanya.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 7.25 pagi itu juga mengakibatkan kesesakan lalu lintas sehingga 10 kilometer.

Keadaan ini memaksa pengguna jalan raya membuat pusingan semula melalui laluan bertentangan.soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-18562230783641498632015-09-14T16:00:00.000+08:002015-09-14T16:00:05.567+08:00Kes anjing dalam troli: Troli sudah dibersihkan
Foto yang tersebar di laman sosial.

WARTAWAN SINAR HARIAN
14 SEPTEMBER 2015

SHAH ALAM - Sebuah troli yang digunakan oleh dua orang wanita untuk meletakkan anjing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dibersihkan.

Melalui akaun mikto Twitter Malaysia Airports @MY_Airports, troli berkenaan sudah diasingkan untuk proses pembersihan yang sepatutnya (samak).

"Harap maklum bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam bangunan terminal di dalam lapangan terbang.

"Terdapat notis yang disediakan untuk mengingatkan pengguna lapangan terbang tentang peraturan ini," kata Malaysia Airports.

Semalam, sebuah foto yang menunjukkan dua orang wanita berdiri berdekatan sebuah troli yang diletakkan seekor anjing menjadi viral di media sosial.

Ini merupakan kejadian kedua selepas insiden hampir sama berlaku di sebuah pasar raya, minggu lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Viral gambar anjing: 500 troli kena samak]

Kejadian tersebut menyebabkan pelayar laman sosial mengkritik dan marah tindakan wanita tersebut yang disifatkan tidak peka terhadap kaum dan agama lain.soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-70453197690964104322015-09-14T10:54:00.000+08:002015-09-14T10:54:06.919+08:00Bai'ah: Kafarah tebus taklik tidak sah
Muka depan utama akhbar Sinar Harian hari ini.

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
14 SEPTEMBER 2015

SHAH ALAM – Kafarah yang dilakukan bagi menebus taklik talak tiga dilafazkan ketika berbaiah adalah tidak sah.

Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, ini kerana talak tetap jatuh dan tidak boleh ditarik balik sekiranya taklik tersebut dilanggar.

“Apabila kita gantungkan taklik itu dengan sesuatu perbuatan atau perkataan, sebagai contoh kalau saya lompat parti, maka saya ceraikan isteri saya talak tiga, maka jatuhlah talak. Talak pula memang tak boleh ditebus.

“Jadi sebarang kenyataan bahawa taklik terbatal setelah mereka bayar kafarah, itu tidak betul,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan mengenai kafarah dilakukan wakil rakyat yang melompat parti bagi membatalkan baiah dan taklik dilafazkan kepada parti lama sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya situasi tersebut berlaku, maka mereka yang melafazkan baiah perlu merujuk kepada mahkamah syariah untuk mengesahkan status perkahwinan.

“Mereka tak boleh setakat kata sudah rujuk ustaz tertentu.

"Kena rujuk mahkamah syariah sebagai mengikut amalan undang-undang di negara ini,” katanya.

Menurut Mohd Izhar Ariff, baiah yang mengandungi taklik adalah berbeza dengan baiah atau sumpah tidak melompat parti yang boleh dibatalkan dengan kafarah.

“Baiah ada dua perkara yang berbeza hukum, pertama baiah sumpah untuk tidak lompat parti. Apabila seseorang bersumpah dengan ‘wallahi, wabillahi, watallahi’, maknanya dia bersumpah dengan nama ALLAH.

“Jika sumpah ini dilanggar, maka diwajibkan kafarah ke atas mereka. Kafarah ini tidak boleh lari daripada tiga perkara iaitu memberi makan 10 orang fakir miskin, memberi pakaian 10 orang fakir miskin atau memerdekakan seorang hamba.

“Sekiranya individu itu tidak mampu melakukan ketiga-tiganya, maka dia perlu berpuasa tiga hari berturut-turut. Hanya selepas itu, sumpah tersebut boleh dibatalkan,” katanya.

Baiah talak tiga keterlaluan

Dalam pada itu, ketika ditanya pandangannya mengenai parti politik yang menggunakan baiah, Mohd Izhar berkata, ia boleh dianggap sebagai amalan politik yang tidak sihat.

“Mereka sepatutnya sedar bahawa politik adalah sesuatu yang tidak jelas, kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa depan, mungkin menang mungkin kalah. Cukuplah sekadar baiah sumpah sebab ia boleh ditebus tapi kalau melibatkan talak, ia memang keterlaluan.

“Saya juga mahu menasihatkan ahli politik supaya tidak menjual agama demi mendapatkan habuan politik. Apatah lagi jika mereka melibatkan orang yang tak bersalah seperti isteri dan anak-anak,” katanya.

Beliau berkata, setiap parti politik sama ada pembangkang atau pemerintah perlu merujuk kepada mufti dan Majlis Fatwa sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan agama.

“Walaupun dalam politik, mereka tetap perlu menghormati institusi fatwa dan kehakiman di Malaysia. Ini kerana mufti tidak ada kepentingan kepada mana-mana pihak,” katanya.

Jelasnya, baiah yang mengandungi taklik talak bukan satu-satunya cara untuk mengikat kesetiaan ahli kepada parti.

“Parti politik juga perlu bersikap terbuka dan tak boleh mengongkong ahlinya. Dalam hal ini, golongan ulama dalam parti politik seharusnya lebih berani dan bukan sekadar menjadi ‘pak turut’.

“Kalau parti mereka melakukan sesuatu yang salah, tegurlah dan betulkan keadaan. Jangan hanya kerana baiah, institusi keluarga berpecah-belah,” katanya.soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-71300684660070494072015-09-13T05:30:00.000+08:002015-09-13T05:30:01.472+08:00 Dua Lagi Jemaah Turut Hilang, Jadikan Lapan Jemaah Gagal Dikesan Setakat Ini

Gambar oleh Google

Oleh Mohd Shukri Ishak

MAKKAH, 12 Sept (Bernama) -- Dua lagi jemaah haji Malaysia dilaporkan hilang sejak kejadian kren tumbang di Masjidil Haram semalam, menjadikan jumlah yang gagal dikesan kepada lapan orang.

Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan di sini berkata jumlah terkini itu diperoleh selepas pemeriksaan dilakukan dari bilik ke bilik di semua sembilan bangunan penempatan jemaah haji Malaysia sejak semalam.

Sebelum ini, enam nama disenaraikan hilang selepas kejadian itu yang turut mencederakan enam jemaah haji Malaysia itu, selain mengorbankan lebih 100 jemaah lain.

"Dua lagi jemaah yang dilaporkan hilang itu ialah Abdul Muluk Ishak, 71, berasal dari Pantai Remis, Perak, dan Susiah Suar, 56, berasal dari Gunung Besout 2, Sungkai, Perak," kata kenyataan TH di sini.

Dalam kenyataan sebelum ini, enam jemaah yang hilang itu ialah Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, berasal dari Tanah Merah, Kelantan; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan), Abdul Habib Lahman, 68, (Sik, Kedah), Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan).

-- BERNAMA

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-40544494838436953552015-09-12T23:00:00.000+08:002015-09-12T23:00:00.181+08:00 Fikirlah: Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Akhlak Anak

Gambar hiasan dari Google

Komentar oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hati berbuku melihat berita yang terpampang di dada akhbar beberapa hari lepas. Dalam banyak-banyak berita, berita itu yang menyebabkan saya spontan mengeluh panjang.

"Apalah nak jadi dengan budak-budak ni? Ada peluang belajar tak nak belajar."

Tajuk berita yang saya maksudkan adalah "Kantoi ponteng" - 20 pelajar terkedu 'aktiviti luar' sekolah terbongkar" yang disiar akhbar Harian Metro, 8 Sept 2015.

Bukan sahaja ponteng tetapi sebilangan besar pelajar dicekup sedang menghisap rokok! Tempat lepak mereka 100 meter dari pagar sekolah. Mereka dicekup sekumpulan ibu bapa, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta anggota polis.

MASALAH LAMA

Ponteng sekolah bukan perkara baru. Pelajar merokok pun bukan perkara baru. Penulis percaya pihak sekolah melakukan pelbagai cara untuk mendidik pelajar supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan itu.

Ibu bapa juga mungkin berkata "sudah berbuih mulut menasihatkan anak-anak mereka supaya menjauhi perkara sedemikian."

Namun bagi sesetengah, pelajar, sesetengah anak, nasihat itu seperti perumpamaan "Menuang air di daun keladi", "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri."

Penulis melontarkan soalan disiplin pelajar kepada seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor.

Mendengar jawapan serta perkongsian guru itu tentang masalah pelajar di sekolah di mana beliau mengajar, penulis berfikir "semakin sukarnya tugas seorang guru."

Kisah murid tidur dalam kelas, bergaduh, merempit, merosakkan harta sekolah serta terlibat dalam gejala sosial yang melibatkan pelajar lelaki dan perempuan antara yang meruntun hati guru tadi.

Masalah ponteng sekolah dan merokok turut dikongsi dengan penulis.

Guru ini merujuk satu kes pelajar yang dihimpit masalah kewangan sehingga perlu dibantu dan pelajar itu kemudiannya dicekup kerana merokok.

"Pelajar itu beritahu saya dia hanya beli sebatang rokok sahaja sedangkan duit makan pun kita beri."

"Tak ada jati diri. Tak fikir masa depan. Pengetahuan agama juga cetek dan mengabaikan ibadah solat.

"Ada juga pelajar yang kehidupan keluarga tidak menentu, ibu bapa bercerai, ayah dalam penjara dan anak-anaklah yang terabai," demikian kata guru itu, merumuskan faktor berhubung masalah disiplin yang melanda anak muda serta pelajar kepada penulis.

KISAH ANAK TELADAN

Memang cepat sahaja hendak marah kalau mendengar soal disiplin pelajar atau membaca berita anak-anak yang melakukan perkara yang bukan-bukan ini.

Soal disiplin pelajar bukan sahaja berlaku di kalangan anak-anak yang terabai atau daripada keluarga bermasalah.

Ada yang daripada keluarga berada pun terjerat dengan isu disiplin, mungkin kerana terlalu dimanjakan.

Apa sahaja hendak emak dan ayah sediakan, belikan sehingga anak-anak tidak dapat menghargai kesenangan dan keberadaan mereka!

Lalu penulis teringat kisah anak gelandangan di Cebu, Filipina yang duduk membuat kerja sekolah di sebatang jalan sambil menumpang cahaya lampu sebuah restoran makanan segera.

Berita anak kecil ini Daniel Cabrera, 9, yang begitu tekun membuat kerja sekolahnya menjadi viral sehingga turut disiarkan banyak media asing.

Anak ini dipetik sebagai berkata meskipun hidup melarat, dia tekad belajar dan berazam mahu menghabiskan persekolahannya supaya dapat memberi masa depan yang lebih baik untuk ibu dan adiknya.

Beberapa hari lepas juga akhbar menyiarkan berita serta gambar pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Turut disiar beberapa pelajar yang mengambil peperiksaan di hospital.

Antaranya Mohd Munir Suhaimi mengambil peperiksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Munir menghidap kanser tulang punggung.

Kegigihan Munir untuk terus mengejar kecemerlangan meskipun menghidap penyakit perlu diteladani dan menjadi pembakar semangat setidak-tidaknya rakan sebaya untuk memanfaatkan kesihatan yang mereka memiliki.

Ada anak-anak di kawasan pedalaman yang terpaksa berjalan kaki termasuk meredah belukar untuk ke sekolah. Ada juga yang terpaksa menyabung nyawa menaiki bot yang merentas air sungai yang deras dalam kegelapan pagi untuk ke sekolah.

Malah ada yang terpaksa berdiri di atas bumbung bot seperti gambar yang dipapar beberapa akhbar Jumaat 11 September iaitu sekumpulan pelajar menaiki bot menyeberangi Sungai Musi di Palembang, Sumatera.

PERANAN IBU BAPA

Apa pun, sekarang bukan masanya untuk tuding-menuding jari! Kewajipan mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa.

Maaf cakap, kalau pun anak dihantar ke tadika atau apa juga bentuk pra-sekolah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan mengharapkan guru mengambil alih tugas itu.

Seorang pakar motivasi pernah memberitahu penulis ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan untuk menangani karenah anak.

Bukan semua yang berkahwin itu bersedia menjadi ibu bapa kerana tidak mempunyai ilmu atau mendapat asuhan untuk menjadi ibu bapa!

Pakar motivasi itu berkata ibu bapa adalah orang yang membentuk acuan jati diri anak dan sekiranya mereka mahu membentuk akhlak anak mereka, ia perlu bermula dengan diri mereka sendiri.

Teringat juga tazkirah seorang pendakwah muslimah yang menegaskan kalau anak bermasalah, ibu bapa perlu melihat kembali diri mereka kerana mungkin ada bahagian mereka yang menyebabkan anak bermasalah.

Dalam hal ini beliau menasihatkan ibu bapa bermuhasabah diri dan antaranya, melihat kembali bagaimana hubungan mereka dengan Allah iaitu solat mereka.

Ibu bapa perlu juga ingat bahawa setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mewarnakan dan mencorakkannya.

Berpeganglah juga kepada peribahasa "Hendak melentur buluhlah biar dari rebungnya!"

-- BERNAMA (Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangkan pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatakan oleh penulis)

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-8629600458954148392015-09-12T18:43:00.000+08:002015-09-12T18:43:30.804+08:00 Agong, Permaisuri Zahir Rasa Dukacita Terhadap Tragedi Kren Tumbang Di Makkah

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dan Permaisuri Agong Tuanku Hajah HaminahKUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) --

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi kren tumbang di Makkah pada Jumaat yang turut mencederakan 10 jemaah haji Malaysia.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara pada Sabtu, Seri Paduka Baginda berdua turut mengucapkan takziah kepada semua jemaah haji yang terlibat dalam insiden itu khususnya jemaah haji dari Malaysia.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam sidang media di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya hari ini berkata seramai 10 jemaah haji Malaysia cedera dan enam masih belum dapat dikesan.

Beliau berkata tujuh jemaah lelaki dan tiga wanita yang dilaporkan stabil itu mengalami kecederaan seperti patah tulang kaki, cedera ringan di kepala dan patah pergelangan kaki, dalam kejadian yang berlaku pada 5 petang Jumaat (10 malam di Malaysia) di Masjidil Haram, Makkah.

Menurut laporan terkini, 107 orang maut dan 238 cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu di Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum memulakan ucapan perasmian persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pekan, di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah turut meminta anggota perwakilan yang hadir menghadiahkan al-Fatihah kepada jemaah haji yang terkorban dalam insiden itu.

"Sama-sama kita turut berdoa agar jemaah haji Malaysia yang cedera selamat kembali ke tanah air dan kepada yang lain agar dapat haji yang mabrur dan kembali ke sisi keluarga masing masing," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan pada laman Twitter beliau turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan jemaah haji Malaysia.

"Saya mendoakan kesejahteraan buat jemaah haji Malaysia di Tanah Suci Makkah. Salam takziah pada keluarga mangsa yang terkorban. Al-Fatihah," kata Ahmad Zahid.

Turut menyampaikan ucapan takziah dalam laman Twitter masing-masing adalah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Idris berkata: "Takziah kepada mangsa kejadian di Masjidil Haram terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan. Semoga Allah melindungi kita semua. Insya-Allah."

Rohani pula meminta seluruh rakyat Malaysia supaya bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam laman Facebooknya turut berharap semua pihak bersama-sama mendoakan jemaah haji Malaysia yang cedera dalam insiden itu segera sembuh dan dapat meneruskan ibadah dengan selamat dan lancar.

Dalam pada itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata kementerian itu, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah dan pihak Tabung Haji akan terus memantau perkembangan tragedi berkenaan.

"Kementerian Luar ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa nahas tersebut," katanya.

-- BERNAMA

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-56497796082135665932015-09-11T08:00:00.000+08:002015-09-11T08:00:13.200+08:00Terus menduda lebih baik!
Azmin Ali

MUHAMAD MAT YAKIM
10 SEPTEMBER 2015

DI gelanggang WWE, seorang penggusti setengah mati dibelasah lawannya. Dia menjerit melolong minta tolong. Kemudian datang seseorang yang diketahui adalah sekutu rapatnya. Anehnya, penggusti yang baru datang itu bukan membantu sebaliknya turut sama membelasah ‘rakannya’ itu. Suasana menjadi gamat susulan adegan yang tidak terduga oleh sesiapa. Adrenalin merembes deras dalam tubuh setiap orang yang berada di dalam arena.

Itulah suasana yang dahulu dianggap luar biasa tetapi sekarang sudah jadi kebiasaan di gelanggang gusti pada era WWE.

Tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal. Apa yang akan sentiasa kekal ialah kepentingan. Seperti ahli gusti, ahli politik juga harus berpegang pada kenyataan ini!

Azmin Ali kelmarin dengan penuh yakin menegaskan bahawa PKR tetap mahu menjalin kerjasama dengan Pas – kenyataan yang pasti menggetarkan gegendang telinga Mat Sabu, juga Lim Guan Eng.

“Ini bukan pendirian peribadi saya, tetapi pendirian parti (PKR) mengikut apa yang diputuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Azmin di Kuala Selangor, tengah hari kelmarin.

“Kita sudah pun berbincang mengenai perkara ini termasuk mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima (Anwar sebagai) ketua umum,” ujarnya lagi.

Kopi

Azmin bukan budak kopi – seperti Saiful Bukhari - dalam PKR. Beliau timbalan presiden parti. Lebih daripada itu, kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor meletakkannya pada posisi yang sangat berpengaruh, lebih berpengaruh daripada Wan Azizah sendiri. Kata-katanya boleh diterima sebagai suara rasmi parti.

Petang kelmarin juga, Mat Sabu dilaporkan telah menemui Wan Azizah - mungkin untuk mendapatkan penjelasan Kak Wan mengenai kenyataan timbalannya itu. Siapa yang tidak bergundah gulana jika ketika masih berbulan madu, suami sudah menyebut mahu berkahwin lagi. Itulah yang seharusnya dirasai oleh Abang Mat.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Azmin sekadar respons terhadap kenyataan Guan Eng bahawa partinya tidak akan berbaik semula dengan Pas dalam masa yang terdekat.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan ketika diminta mengulas kemahuan PKR untuk terus bekerjasama dengan parti itu, tidak menyatakan kesimpulan secara tuntas. “Pas perlu belajar daripada pengalaman,” katanya, membayangkan parti itu selepas ini akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk membentuk atau menyertai sebarang pakatan politik.

Bagaimanapun seperti kenyataan yang dibuat oleh bosnya, Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu pada hari yang sama – kelmarin – Pas dibayangkan sebagai tidak kisah jika perlu bergerak sendirian.

“Pas ada kekuatan yang tersendiri,” kata Abdul Hadi ketika ditanya oleh pemberita, dan itulah juga kata-kata Takiyuddin ketika dihubungi wartawan Sinar Harian dari Shah Alam.

Apa yang disebut oleh kedua-dua pemimpin Pas itu bukan cakap kosong. Tahun ini, usia Pas sudah masuk 64 tahun. Dalam tempoh itu, parti tersebut sudah melalui bermacam-macam pengalaman. Seperti yang disebut oleh Abdul Hadi, Pas pernah bekerjasama dengan parti komunis sebelum merdeka, dengan sosialis, dengan Perikatan dan kemudian BN, selepas itu bergerak sendiri semula sebelum bersama dengan Gagasan Rakyat (1990) dan Pakatan Rakyat bermula PRU12.

Maka, Pas memangnya tidak kisah untuk terus menduda selagi tidak bertemu dengan pasangan yang benar-benar sehati sejiwa.

Apa yang menjadi teras kekuatan Pas untuk bergerak sendiri ialah parti itu lebih mengutamakan perjuangan agama dan dakwah menerusi politik, bukan meletakkan kemenangan atau kerusi pilihan raya sebagai target wahid. Sebab itu dalam sejarahnya, Pas pada 1982 dan 1986 hingga 1990 pernah memenangi hanya satu kerusi Parlimen iaitu di Pengkalan Chepa, Kelantan menerusi Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad.

Hanya dalam beberapa dekad kebelakangan, setelah bergabung dengan kem Anwar bermula era reformasi dan berpeluang merasa empuknya kerusi wakil rakyat, sebilangan pemimpin dan ahli Pas mula kabur akan matlamat asal mereka.

Slogan ‘Menuju Putrajaya’ sudah menusuk dan merasuk minda. Pelbagai alasan dicungkil, dirungkas dan digembar-gemburkan untuk membenarkan bahawa perjuangan Islam harus bersifat kontemporari, realistik dan berpijak di bumi nyata, bukan siang malam menelaah kitab-kitab lama mencari keredaan ALLAH semata-mata.

Kini, kumpulan itu yang dinyahkan daripada kepimpinan Pas pada pemilihan lalu, kemudian menyahkan diri mereka sendiri dari parti itu, ghairah memposisikan diri sebagai ahli politik Islam yang progresif, yang sedia mengambil alih tempat tok-tok lebai konservatif, bernaung di bawah label sementara – Parti Pekerja Malaysia – untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Pas dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Selain pendirian parti – yang patuh pada keputusan Anwar sebagaimana yang disebutnya – Azmin juga mempunyai sebab yang tersendiri untuk mempertahankan Pas. Ketika kemuncak krisis politik Selangor setelah pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar ditolak secara tersirat oleh istana, Pas yang menyokong kuat pelantikan beliau kerana pada masa itu, partinya sendiri (baca: Anwar) lebih berkehendakkan Wan Azizah, demikian juga DAP.

Meskipun Pas sebelum itu bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid Ibrahim, namun sebagai orang agama, parti itu harus lebih cenderung menyokong lelaki sebagai ketua berbanding wanita. Dengan pilihan yang ada, Azminlah orangnya walaupun Pas sebenarnya boleh juga menampilkan calon sendiri.

Haram

Menariknya di sebalik kenyataan Azmin kelmarin, apa mungkin satu senario politik yang pernah berlaku pada musim 1990-1995 akan berulang?

Perpecahan Umno pasca pemilihan 1987 telah melahirkan Semangat 46. Untuk berhadapan dengan BN pada pilihan raya 1990 – setelah Umno dihalalkan semula selepas diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Feb 1988 – Semangat 46 yang diketuai Ku Li
bergabung dengan Pas dan parti-parti Islam yang lain iaitu Berjasa, Hamim (Hizbul Muslimin) dan Kimma (Kongres India Muslim Malaysia) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Oleh sebab Pas – yang ketika itu diketuai oleh Fadzil Noor – enggan sebumbung dengan DAP, Semangat 46 terpaksa membina khemah baharu untuk duduk bersama parti-parti bukan Islam atau yang tidak berteraskan Islam iaitu DAP, PBS (Parti Bersatu Sabah), PRM (Parti Rakyat Malaysia - sosialis) dan IPF (Indian Progressive Front) untuk mendapat sokongan bukan Melayu/ bukan Islam.

Pas pada masa itu mungkin sudah mengesan masalah jika DAP diterima untuk sebumbung kerana dasar yang bertentangan (Langkah mayat saya dahulu jika mahu tubuh negara Islam: Karpal Singh) akan sentiasa mengganggu kerjasama politik yang diusahakan untuk menumbangkan BN.

Duduk sebumbung, DAP yang agresif dan bernafsu besar seakan tidak ada pembatas untuk mencampuri urusan dalaman Pas bagi memastikan parti itu menerima perjuangannya ataupun sekurang-kurangnya mempunyai pengaruh di dalam badan Pas sendiri untuk bersetuju dengannya. Itulah yang didakwa oleh pemimpin Pas bahawa DAP ada ‘cai’ yang tersendiri pada pemilihan parti itu yang lalu.

Meskipun dalam politik ‘tidak ada kawan yang kekal, tidak ada lawan yang kekal, yang ada hanya kepentingan yang kekal’ dan politik adalah seni serba mungkin (the art of possible) atau tidak ada yang mustahil dalam politik, bergabung semula dengan DAP adalah sesuatu yang tidak mungkin kita akan dapat lihat dalam masa yang terdekat.

Kata-kata Takiyuddin - “Pas perlu belajar daripada pengalaman, terutama sewaktu bersama PR” – boleh dianggap manifestasi kekesalan yang sekali gus menunjukkan, untuk mengatur lagi kerjasama seumpama itu, Pas perlu lebih, lebih dan lebih berhati-hati.

Memang benar, ketika menyertai APU, dua daripada lima parti yang membentuk koalisi itu adalah serpihan Pas sendiri iaitu Berjasa dan Hamim namun untuk Pas sebumbung semula dengan bekas orangnya yang kini bernaung di bawah payung Parti Pekerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksana. Pas sendiri mengambil masa berdekad untuk terima semula Berjasa dan Hamim, itupun setelah kedua-dua parti itu tidak lagi dipimpin oleh bekas pemimpin Pas yang mengasaskannya.

Apa pun, seperti ahli gusti, ahli politik juga boleh berubah pendirian mengikut kepentingan. Dan ketika itu, orang yang berada di sekitar gelanggang yang ghairah melayan rasa sensasi menonton drama dimainkan mereka, pasti akan terpinga-pinga. Pas perlu lebih berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali. Parti itu juga akan lebih mendapat sokongan - yang asli - jika terus menyendiri.

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-1643658468305425182015-09-10T20:30:00.000+08:002015-09-10T20:30:03.026+08:00Muhyiddin jamin tidak akan jejaskan Umno
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan ceria ketika dikerumuni para penyokongnya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini. - Foto Bernama

NIZAM ZAIN
9 SEPTEMBER 2015

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menjejaskan parti itu sekaligus menguatkan Umno bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sambil berkata mesyuarat parti itu hari ini sebulat suara untuk mengukuhkan parti dan merapatkan hubungan antara pimpinan Umno.

"Timbalan Presiden kata dia menyokong parti dan kepimpinan untuk kita hadapi pilihan raya.

"Dia tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan parti, itu jaminan dia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di lobi Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Beliau mengulas khabar angin mengatakan mesyuarat MT Umno hari ini akan memecat beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain Muhyiddin dan Mohd Shafie, turut tersenarai dalam khabar angin pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir; bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.

Dalam pada itu, Tajuddin juga berkata mesyuarat parti itu hari ini memberi peluang kepada semua ahli MT Umno untuk memberikan pandangan untuk mengukuhkan parti.

"Mana boleh (penyingkiran), kita sekarang sudah bersatu teguh, bercerai roboh. Kita memang sudah berbaik (dengan Muhyiddin) dari dulu lagi, dulu kini dan selamanya.

"Presiden kata kita nak merapatkan hubungan sesama kita, sebab kita ada perkara penting bagi hadapi pilihan raya akan datang, semuanya (mesyuarat) ok, tiada masalah (suasana) kami terbuka," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata tiada perbalahan yang berlaku khususnya dari "kem" Muhyiddin sendiri sepanjang mesyuarat parti itu, hari ini.

"Mesyuarat sangat bagus, perpaduan dan solidariti. Tiada perbalahan, tiada kem, hanya ada Umno saja, dan Umno sekarang kuat," katanya.

Seorang lagi ahli MT Umno dari Sabah, Datuk Bung Moktar Radin berkata, tiada sesuatu yang luar biasa sepanjang mesyuarat parti itu, hari ini.

"Buat pertama kali mesyuarat dihadiri oleh Timbalan Presiden yang tidak menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Kita boleh duduk sama, satu nada, satu suara membincangkan strategi parti untuk kemenangan Umno pada PRU14, walaupun kita punyai berbeza berpendirian," jelasnya.

Ditanya tentang kedudukan Muhyiddin dalam parti, beliau menegaskan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan kekal sebagai Timbalan Presiden Umno serta berperanan membantu memperkukuhkan parti.

"Amanat presiden saya lihat kita semua senang hati, mesyuarat terlampau baik, tiada yang tarik muka, mood sangat bagus," katanya lagi.soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-56513415237293727572015-09-10T14:32:00.000+08:002015-09-10T14:32:20.724+08:00Keluarga gesa Anwar diberi rawatan penuh
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

FATHIN ATHIRAH HASLI
10 SEPTEMBER 2015

PUTRAJAYA - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendesak pihak kerajaan menjalankan rawatan penuh ke atas Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.

Ini kerana menurut isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tahap kesihatan Anwar kini lebih membimbangkan berbanding sebelumnya.

"Kalaulah fisioterapi yang dijanjikan dijalankan terhadap beliau (Anwar), beliau tidak akan menderita sakit begini.

"Ini menyebabkan kami risau tentang perjalanan aktiviti harian yang dijalankan beliau di penjara," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Wan Azizah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama dua orang anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar.

Pertemuan tersebut yang bertujuan untuk membincangkan status kesihatan dan kaedah rawatan Anwar turut diihadiri peguam mereka, Latheefa Koya dan N. Surendran.

Menurut Wan Azizah lagi, kesakitan yang dialami Anwar menyebabkan bekas Ketua Pembangkang PKR itu tidak dapat membaca seperti biasa.

"Selepas perbincangan tadi, kami diberi jaminan bahawa ketua pengarah akan melakukan langkah-langkah pembaikan ke atas rawatannya.

"Kami akan beri pihak kerajaan masa dan kita akan tengok nanti," katanya lagi.soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-9479037131502708112015-09-10T10:30:00.000+08:002015-09-10T10:30:01.011+08:00 SK Pulau Aman hanya ada tiga calon
TIGA calon mendengar taklimat pengawas peperiksaan sebelum menjawab soalan UPSR di SK Pulau Aman, Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.

09 September 2015

BATU KAWAN 8 Sept. – Biarpun hanya memiliki tiga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, namun perkara itu tidak dipandang ringan pengurusan Sekolah Kebangsaan Pulau Aman (SKPA) di sini.

Malah sejak awal tahun lagi, pelbagai program motivasi dan persediaan menghadapi peperiksaan diadakan bagi mengekalkan prestasi murid sebelum berdepan UPSR yang bermula hari ini.

Guru Besar SKPA, Mohammad Nasuha Abas berkata, antara program yang diadakan adalah membawa murid-murid itu belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil, Nibong Tebal selama seminggu.

Menurutnya, program itu bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid terbabit mengenai silibus yang digunakan di sekolah lain serta memberi semangat kepada mereka.

“Tahun ini hanya ada tiga calon UPSR di sekolah ini namun kami tidak memandang ringan prestasi akademik mereka malah mengadakan pelbagai program pemacu kecemerlangan untuk mereka.

“Kami juga adakan program motivasi selain tuisyen intensif bagi memberi penekanan kepada subjek Bahasa Inggeris yang amat kurang dikuasai murid-murid ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Calon-calon UPSR SKPA tahun ini ialah Ayuni Zulaikha Ahmad Zuki; Noor Fitriah Atira Saibi dan Siti Aishah Hadie.

Terdapat 24 murid yang sedang belajar di SKPA tahun ini termasuk hanya seorang murid tahun satu dengan 12 guru dan tiga pekerja.

Selain seorang murid tahun satu dan tiga murid tahun enam, SKPA memiliki tiga murid tahun dua, tahun tiga (lima), tahun empat (10) dan tahun lima (dua).

Mohammad Nasuha menambah, sasaran mereka tahun ini adalah 80 peratus lulus dan berharap calon-calon itu mendapat gred A dan B sahaja dalam semua kertas peperiksaan.

Jelasnya, pencapaian terbaik SKPA dalam UPSR adalah pada 2011 apabila salah seorang calonnya mendapat 5A.

“Bagi memberi semangat kepada murid-murid ini, kita galakkan ibu bapa datang menemani mereka di sekolah pada waktu rehat.

“Selain itu disebabkan sekolah ini tiada kantin, jadi ibu bapa digalakkan menghantar makanan untuk anak-anak mereka pada waktu rehat dan makan bersama-sama,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/sk-pulau-aman-hanya-ada-tiga-calon-1.133564#sthash.8TYqwn02.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-19409200807002933122015-09-09T22:30:00.000+08:002015-09-09T22:30:02.404+08:00 Krisis pelarian Islam gugat kewibawaan EU
Pelarian Islam yang kebanyakannya dari Syria menunggu bas di sebuah kem sementara di pusat pengumpulan di Roszke, Hungary, semalam. REUTERS

MUSTAFA KAMAL BASRI | 08 September 2015

ISU pelarian Islam di Eropah kini menjadi semakin kronik dan menggugat kewibawaan Eropah sebagai juara hak asasi manusia dan kemanusiaan.

Jumlah pelarian Islam dari Libya, Afrika dan Asia Barat, menuju ke Eropah terus meningkat begitu ketara sejak kebelakangan ini dan isu tersebut kini menguji sistem nilai kebanyakan negara Eropah yang terjejas.

Ini adalah krisis terburuk pelarian di Eropah selepas perang Yugoslav pada 1990-an.

Isu pelarian Islam membanjiri Eropah mula menjadi perhatian apabila 387 orang pelarian dari Libya yang melarikan diri selepas kejatuhan Muammar Gaddafi terkorban apabila kapal yang membawa mereka karam dekat pulau Lampedusa, Itali pada 3 Oktober 2013.

Tragedi itu dilihat sebagai kegagalan Eropah menangani isu pelarian dan pendatang asing secara berkesan. Setakat ini 70 peratus pelarian yang masuk ke Eropah adalah dari Libya, diikuti Syria dan Afrika.

Sejak tragedi Lampedusa itu, kebanjiran orang pelarian ke Itali dan negara-negara Eropah lain terus meningkat mendadak.

Krisis pelarian Islam ke Eropah turut meletakkan Kesatuan Eropah (EU) dalam dilema moral dan mencalarkan imej EU, setelah sekian lama Eropah digambarkan sebagai pejuang asasi manusia, selain agama Kristian dilihat lebih berperikemanusiaan daripada Islam.

Negara-negara anggota EU yang memberi layanan kemanusiaan yang baik kepada pelarian, akan mendorong lebih ramai pelarian datang. Maka, kebanyakan negara anggota EU mengamalkan dasar `mengelak’ daripada `menerima’, kerana ia akan menggalakkan lebih ramai pelarian datang.

Kerajaan Rom sendiri melalui Menteri Dalam Negeri, Angelino Alfano memberi amaran bahawa kira-kira 300,000, atau mungkin 600,000 penduduk Libya sahaja sudah bersiap sedia untuk menaiki bot-bot hanyut menuju ke Eropah dan :”Kami tidak mampu lagi untuk mengambil mereka semua,’’ katanya.

Pelarian Islam yang membanjiri Eropah bukan masalah Itali semata-mata dan Rom menggesa supaya Peraturan Dublin yang diluluskan EU pada 2003 yang menetapkan bahawa `permohonan pencari suaka politik hanya boleh diproses di negara di mana pelarian mendarat’, kini tidak boleh lagi dipakai.

“Ini bukan masalah Itali semata-mata,” kata Menteri Luar Itali, Federica Mogherini.

“Sebaik-baik pelarian mendarat di Itali, ia serta-merta menjadi masalah EU,’’ tambahnya.

Sementara itu, Jerman, negara anggota EU yang ‘paling berlembut’ dengan pelarian menunjukkan peningkatan kebimbangan, apabila jumlah pelarian yang memohon suaka politik di negara itu terus meningkat, pada suku pertama 2014 sebanyak 76 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Jerman berkata, jumlah pemohon suaka politik di Jerman pada masa ini melebihi jumlah di Itali. Pada tahun lepas Jerman mencatat sebanyak 127,000 permohonan baharu mendapatkan suaka politik, berbanding hanya 27,000 di Itali.

Sementara itu, seorang calon Parti Sosial Demokrat, Martin Schulz, yang menjadi calon terkemuka pada pilihan raya Parlimen Eropah berkata, negara-negara yang terjejas dibiarkan tanpa bantuan untuk beberapa lama oleh EU.

Katanya, “Pengagihan pelarian antara negara-negara EU perlu dilaksanakan secara adil. Negara-negara ini juga perlu diberi bantuan kewangan.”

Menurutnya, satu perjanjian berhubung sistem kuota, kaedah yang kontroversi yang menghendaki negara-negara EU yang tidak mempunyai sempadan dengan Laut Mediterranean perlu turut mengambil sejumlah pelarian tambahan bagi meringankan beban yang ditanggung negara-negara terjejas, ‘perlu dijadikan agenda tambahan’ pada Sidang Kemuncak EU.

Sekali lagi dalam isu pelarian, memperlihatkan EU menjadi sebuah kesatuan yang mementingkan kepentingan nasional, dan sentimen ini, menyebabkan pemimpin-pemimpin EU lambat mengambil langkah bagi mencari penyelesaian kepada isu pelarian.

Peningkatan pengangguran, keadaan ekonomi Eropah yang meleset dan negara-negara anggota EU yang menghadapi krisis Euro, mencetuskan bantahan radikal terutama dalam kalangan generasi muda Eropah terhadap kemasukan pelarian ke Eropah.

Krisis pelarian turut menjejaskan reputasi dan populariti kerajaan-kerajaan Eropah kerana kegagalan mereka menangani isu berkenaan dan mendorong kebangkitan parti pembangkang dan konservatif.

Krisis pelarian menggugat banyak negara Eropah, sehingga ada cadangan yang ekstrim dalam kalangan ahli politik Eropah supaya pelarian Islam ini dihantar ke negara-negara Afrika yang selamat.

Tragedi Lampedusa akan terus menjadi titik hitam dan titik tolak dalam EU membincangkan isu pelarian, dan dasar-dasar EU berhubung pelarian bagi mengelakkan berulangnya tragedi ramai pelarian terbunuh di lautan.

Dalam menyelesaikan krisis pelarian ini, EU sepatutnya perlu melihat kepada punca krisis tersebut dan membantu menyelesaikan konflik Asia Barat terutama perang saudara di Syria dan Iraq.

Barat perlu membantu mengembalikan kestabilan politik di Libya dan negara-negara Islam lain, selain menangani masalah keganasan dan kemiskinan di beberapa negara di Afrika termasuk Somalia.

Selagi krisis kemanusiaan, kemiskinan, keganasan dan peperangan di negara-negara terbabit tidak diselesaikan Eropah akan terus dihantui dengan isu kebanjiran pelarian.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/krisis-pelarian-islam-8232-gugat-kewibawaan-eu-1.133092#sthash.af4zaNfa.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-49479380805050323912015-09-09T17:38:00.001+08:002015-09-09T17:38:46.773+08:00 Ramalingam tidak pernah menyesal
R. RAMALINGAM

KHABAR HARAMAIN
ROZAMAN ISMAIL MELAPORKAN DARI MEKAH | 09 September 2015

MEKAH 8 Sept. - R. Ramalingam, 61, tidak pernah menyesali jalan kehidupan yang dipilihnya.

Walaupun tindakan tersebut memberi kesan yang sangat besar, dia reda.

Dia ‘kehilangan’ anak dan isteri, dua insan yang disayangi. Kedua-duanya pulang ke Sri Lanka setahun selepas dia memeluk Islam.

Ramalingam yang kini memilih nama Islam Zakaria Abdullah Al Kuwaity tidak menoleh ke belakang lagi.

Zakaria meneruskan hidup bersendirian. Dia cuma bersyukur abang dan kakaknya masih dapat menerima keputusan itu, walaupun berlainan agama

Selama 28 tahun Ramalingan hidup di Kuwait, dikelilingi satu budaya dan pegangan hidup yang berbeza dengan agama anutannya.

Selama di sana dia menyaksikan satu rutin hidup yang cukup menarik. Setiap kali azan berkumandang kira-kira 500 rakan sekerja Muslim lain meninggalkan kerja seketika dan berduyun-duyun ke masjid untuk bersolat.

“Saya ada bertanya kepada rakan sekerja, bolehkah saya turut bersolat, tetapi kawan saya kata kamu kena belajar dan peluk Islam dahulu,” katanya.

Sekembalinya ke tanah air pada 2008, Ramalingam memeluk Islam di Johor Bahru.

Dia kemudian mendalami Islam di Kedah dan Kelantan.

Hari ini Ramallingam atau nama Islamnya Zakaria adalah salah seorang daripada 22,320 jemaah Malaysia yang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

“Saya menangis tanda syukur apabila menerima tawaran mengerjakan haji.

“Saya sangat bersyukur Allah memilih saya untuk menjadi salah seorang tetamu-Nya,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zakaria, dia mengikuti beberapa kursus haji setelah mendapat surat tawaran dan kursus tersebut ternyata banyak membantu sepanjang di Tanah Suci.

Ditanya perasaannya pertama kali melihat Kaabah, Zakaria memberitahu, dia menangis kerana terlalu bersyukur.

“Saya merasa amat kecil, tak dapat saya gambarkan betapa beruntungnya saya menjadi insan yang dipilih Allah,” katanya.

Zakaria turut berdoa agar hasratnya untuk membuka kelas pengajian agama bagi saudara baru akan dimakbulkan Allah.

“Saya juga berdoa Allah membuka pintu hati dan memberi hidayat kepada anak dan isteri saya,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ramalingam-tidak-pernah-menyesal-1.133540#sthash.274Bexst.dpufsoleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-28055331877851107222015-09-08T10:00:00.000+08:002015-09-08T10:00:00.723+08:00Dapat rawatan jika alami simptom berkaitan jerebu

Pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya dilanda jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara dicatat pada bacaan 95 pada jam 2 petang. Kelihatan burung undan bertapak di atas jambatan di pesisiran jalan Persiaran Persekutuan dalam keadaan berjerebu hari ini. - Foto Bernama

7 SEPTEMBER 2015

KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya kanak-kanak dinasihati supaya mendapatkan rawatan segera di klinik dan hospital berdekatan sekiranya mengalami simptom penyakit berkaitan jerebu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, di pihak kementerian pula sentiasa memantau penyakit berkaitan jerebu seperti jangkitan saluran pernafasan, asma dan sakit mata di klinik dan hospital di seluruh negara.

"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang, apa yang penting ialah mengikut saranan langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan kementerian," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan sebagai berkata, cuaca kering dan berjerebu yang melanda negara sekarang diramal berakhir dengan bermulanya musim peralihan monsun pada Oktober depan.

Dr Lokman Hakim berkata, buat masa ini tidak ada keperluan untuk mewujudkan sebuah kaunter khas khusus untuk kes penyakit berkaitan jerebu di klinik dan hospital.

Katanya orang ramai juga dinasihati supaya berada di dalam bangunan dan rumah, dan mengurangkan aktiviti di kawasan terbuka.

Dr Lokman Hamim berkata bagi yang perlu berada di luar rumah, mereka diminta memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan penyakit berkaitan jerebu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kwan Kok Foo berkata, ketika ini jabatan belum lagi merancang untuk melaksanakan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan untuk membantu mengurangkan kesan jerebu.

Katanya pembenihan awan hanya akan dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 iaitu tidak sihat dan berlaku tiga hari berturut-turut.

"JMM hanya akan melakukan pembenihan awan apabila perlu mengikut prosedur operasi standard yang diamalkan sebelum ini untuk mengatasi masalah jerebu," katanya.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). - Bernama

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7741207746486110938.post-80349510624756742662015-09-07T21:43:00.000+08:002015-09-07T21:43:07.214+08:00 Hubungan dingin PKR dan Amanah sulitkan kerjasama Pakatan 2.0

Barisan pemimpin Parti Amanah Rakyat semasa sidang media pengumuman penubuhan parti baharu itu pada 31 Ogos 2015 di Kuala Lumpur. - Astro AWANI/Shahir Omar

Irwan Muhammad Zain, Astro Awani |  September 07, 2015

KUALA LUMPUR: Selepas Pakatan Rakyat diumumkan berakhir perjuangannya oleh DAP, ada usaha untuk membentuk gabungan baharu pakatan pembangkang yang mahu dikenali sebagai Pakatan 2.0, dengan perkiraan DAP, PKR dan sebuah parti baharu akan bekerjasama membentuk muafakat ini.

Parti baharu yang akan bersama-sama membentuk Pakatan 2.0 bakal ditunjangi pemimpin PAS yang tewas pada pemilihan parti Islam itu ketika muktamar ke-61 yang berlangsung di Kuala Selangor.

Mereka – pemimpin PAS yang tewas itu – pada mulanya membentuk Gabungan Harapan Baru (Harapan Baru) yang didakwa sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tetapi akhirnya memilih untuk menjadi sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Maka, Pakatan 2.0 dibayangkan adalah kerjasama baharu atau diislamkan dengan istilah Tahaluf Siyasi (istilah sangat popular sejak 2008) antara Amanah, DAP dan PKR.

Rakyat, khususnya penyokong pembangkang dijanjikan bahawa gabungan baharu ini akan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat yang telah disemadikan oleh pemimpin DAP.

Tetapi, umpama bait lirik lagu Layang-Layang Terputus Talinya dengan Alleycats, "namun indah mimpi dari realiti..", begitu juga kisah Pakatan 2.0 ini.

Harapan pemimpin Amanah dan DAP untuk melihat kerjasama baharu ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama sebaiknya dari PKR, nampaknya tidaklah semudah yang diharapkan.

Sebelum Amanah ditubuhkan lagi, sudah ada suara-suara dari PKR yang tidak bersetuju dengan penubuhan parti baharu ini.

Alasan yang diberikan masuk akal – parti baharu tidak memberi nilai tambah dan akan menyebabkan berlakunya pecah undi, dengan kata lain, parti baharu lebih menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Perkembangan mukathir ini memperlihatkan seolah-olah Pakatan 2.0 ini hanya dipersetujui oleh Amanah dan DAP, manakala PKR pula mahu bekerjasama dengan semua parti pembangkang termasuk PAS.

Umum mengetahui Amanah dan DAP tidak menyenangi PAS, tetapi bagi PKR, mereka boleh berkawan dengan semua dan tidak ada mana-mana pihak boleh mengarahkan mereka untuk memilih sesiapa.

Hubungan dingin PKR dan Amanah boleh dilihat ketika pemimpin parti baharu itu berkunjung ke Sarawak semalam. Majlis memperkenalkan Amanah yang diketuai oleh Pengerusinya Mohamad Sabu tidak dihadiri oleh pemimpin PKR Pusat dan Sarawak.

Selain tidak hadir pada acara di Sarawak, PKR Kelantan juga seolah-olah memboikot semua program yang dianjurkan Amanah di negeri yang dikuasai PAS sejak 1990 itu.

Kalau ada pun pemimpin PKR Kelantan yang hadir ke program atau ceramah anjuran Amanah, ialah adalah atas kapasiti peribadi bukan mewakili parti.

Apa yang berlaku ini sedikit sebanyak menganggu kelancaran gabungan baharu pembangkang yang diuar-uarkan sebelum ini.

Malah kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali melukakan pemimpin Amanah dan DAP.
Apakah hanya DAP dan Amanah akan berjuang dengan Pakatan 2.0 dan meninggalkan PKR dan PAS? Apakah perkembangan dalaman PKR menyebabkan ada pemimpin parti itu menyertai Amanah?

Hanya masa akan menentukan.

*Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

soleh imanhttp://www.blogger.com/profile/07406383768173786062noreply@blogger.com0