Sudut Iklan

Sunday, 26 January 2014

Pemergian Ustaz Harun kehilangan yang dirasai - PUM

JAN 25, 2014 HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut merasa sedih di atas pemergian seorang tokoh ulama, Datuk Harun Taib.

“Hilangnya seorang ulama yang banyak berjasa dalam perkembangan dan pembangunan Islam di tanah air.

“Beliau banyak memberi tarbiyah kepada generasi muda dan tegas dalam memberikan pandangan dalam sesuatu isu,” ujar Setiausaha Agung PUM, Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Katanya, Ustaz Harun adalah satu kehilangan dan dirasai di seluruh negara, semoga ruh almarhum dicucuri rahmat Ilahi.

Dalam masa yang sama, ujar beliau didoakan agar Datuk Dr Haron Din diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Saturday, 18 January 2014

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat genap 83 tahun

Meniti usia 83 tahun Mursyidul Am
JAN 17, 2014 WAN NIK WAN YUSSOF

MINGGU lepas, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat genap 83 tahun. Beliau lahir pada tanggal 10 Januari 1931. Suatu usia yang membuktikan Tuan Guru (mesra dipanggil Tok Guru) seorang cukup berilmu dan berpengalaman.



Diyakini lebih sepertiga hayatnya dihabiskan untuk menimba ilmu di dalam negeri (1937-1952) dan luar negeri (1952-1964). Bermakna dua pertiga lagi (1964 hingga sekarang), hidupnya dalam medan perjuangan Islam––politik dan dakwah.

Friday, 10 January 2014

Mansuhkan sahaja SPPBS



Kami mahu SPPBS dimansuhkan
JAN 10, 2014 CIKGU VETERAN

Sejak diperkenalkan tiga tahun yang lalu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menimbulkan pelbagai polemik terutamanya dalam kalangan guru. Hal ini kerana merekalah pihak yang paling terbeban dengan pelaksanaan sistem ini.