Sudut Iklan

Friday, 30 May 2014

Jangan biar suspek kes rogol di Ketereh terlepas

Biodata Raja Nazrin Shah Sultan Perak baru ke-35


Cadbury komited patuhi peruntukan sijil halal

Cadbury Malaysia kekal komited dalam mematuhi garis panduan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Ketua Hal Ehwal Korporatnya Raja Zalina Raja Safran dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini, berkata syarikat itu juga percaya semua produk coklatnya tidak mengandungi bahan berkaitan khinzir.

"Kami berpegang teguh pada sijil halal kami dan kami juga mempunyai standard pelabelan yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu katanya, Cadbury Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa sementara menunggu hasil analisis terhadap dua produk yang dikesan mengandungi DNA khinzir.