Ditulis oleh Presiden PASIsnin, 05 Ogos 2013 10:24
Ramadan, Syawal membina jati diri umat
SELAWAT dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi pihak PAS kepada seluruh ahli dan penyokong, juga kepada umat Islam dengan kita menyambut hari yang mulia kurnia Allah SWT bersempena ibadah puasa sebulan yang telah ditunaikan.
Bukan sahaja dilihat dari sudut hari rayanya, bahkan harus lihat juga daripada segi besarnya ibadah puasa Ramadan.
Oleh kerana itulah, ditutup dengan hari raya yang sangat mulia ini.
Ini menandakan kesyukuran kita kepada Allah SWT, yang telah mengurniakan nikmat Islam dan nikmat Ramadan. Yang mendidik kita membina jati diri orangorang Islam sehingga mencapai martabat bertakwa kepada Allah SWT yang menjadi penentuan dan pengukuran martabat diri manusia di sisi Allah SWT.
Ini kerana, Allah TaĆala mengukur manusia bukan berdasarkan kepada baka dan keturunan, kaya dan miskin, pangkat dan warna kulit. Ukurannya ialah sejauh mana ketakwaan kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksud;
“Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah.”
Ketakwaan ini bukan sahaja kita mengikut perintah Allah, dalam hubungan kita dengan Allah SWT. Bahkan, hukum Allah yang terkandung dalam ajaran Islam, dalam alQuran yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah Taala amat mengetahui, Dia (Tuhan) yang mencipta alam ini. Maka, semua arahan yang ada dalam Islam adalah baik. Ibadah puasa mengajar kita menerima semua arahan yang ada dalam ajaran Islam.
Dengan sebab itu, sekiranya kita melaksanakan semua perkara itu akan membina jati diri kita, yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia serta hubungan dengan alam sekeliling kita. Bukan sahaja kita bertakbir pada hari raya dan dalam masa yang sama kita menghayati kebesaran Allah melalui takbir itu.
Dan akhirnya, saya mengharapkan supaya kita menyambut hari raya dengan khusyuk, dengan senang, dengan aman dan dengan cara yang tidak melampaui batas.
Allah Taala mengajar kita supaya sederhana dan tidak melampaui batas. Bukan sahaja dalam makan minum kita, pakaian kita termasuklah dalam perjalanan kita.
Saya mengingatkan yang berjalan menuju ke destinasi yang jauh supaya dapat menjaga keselamatan di jalan raya. Tidak gopoh, bawa kenderaan dengan cermat, dengan teliti kerana itu adalah dari ajaran Islam. Gopoh adalah dari ajaran syaitan.
Dan akhirnya, saya doakan supaya Allah Taala memberkati kehidupan kita dan sentiasa memberi petunjuk kepada kita sehingga kita bertemu dengan Allah dalam keadaan yang diredaiNya. Dan hari pertemuan kita dengan Allah adalah hari yang paling bahagia.
Salam hormat, selamat hari raya Aidilfitri 1434H
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
KLIK VIDEO : PERUTUSAN AIDILFITRI 1434H OLEH PRESIDEN PAS
KLIK UNTUK MUAT TURUN KHUTBAH 'IDULFITRI 1434H PRESIDEN PAS

No comments:
Post a Comment