Sudut Iklan

Thursday, 30 May 2013

Berita Pilihan :Khalid janji bangunkan luar bandar, jaga agama Islam

Khalid janji bangunkan luar bandar, jaga agama Islam
Harakahdaily, 30 Mei 2013



(Khalid membuat ucapan di depan Tuanku Sultan Selangor sempena perlantikan Exco hari ini)

Monday, 27 May 2013

Artikel Menarik : Jangan lepas dendam kepada guru

Jangan lepas dendam kepada guru
Posted on Saturday, May 25 @ 08:57:46 MYT by paktam
Penulis TamuOleh Mohd Sayuti Omar
Kegagalan UBN untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kekurangan undi popular buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menjadikan beberapa jabatan dan individu tertentu yang sedia menjadi perkakas buruk (baca juga perut labuh) kepada parti itu bertindak diluar batas kepada pihak-pihak yang disangka tidak memberi sokongan hatta walaupun sesama seprofesyen.


Salah satu kumpulan yang menjadi mangsa golongan menjadi perkakas buruk kepada UBN ialah, masyarakat guru. Pilihan raya tidak memberi keadaan kondusif buat golongan ini. Pilihan raya yang merupakan intipati kepada sistem demokrasi negara ini tidak menjamin hak kebebasan untuk mereka bersuara. Malahan pilihan raya menjadi malapetaka buruk sekiranya parti yang memerintah tidak menang. Mereka dijadikan “punching beg” oleh bos-bos atau orang atasan.

Saturday, 25 May 2013

Petikan Akhbar : Majistret tolak permohonan polis reman 3 aktivis

Majistret tolak permohonan polis reman 3 aktivis
Harakahdaily, 24 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Majistret hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mereman tiga aktivis iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar.

Sehubungan itu ketiga-tiga mereka yang ditahan oleh polis sejak semalam di balai polis Jinjang akan dibebaskan.

Mereka semalam ditahan di tiga tempat berasingan dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina, pada 13 Mei lalu.

Wednesday, 22 May 2013

Datuk Dr Haron Din persoal SPR

SPR berdiam diri cetus reaksi rakyat – Haron Din
Aslani M, 22 Mei 2013



KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.