Sudut Iklan

Showing posts with label Rencana Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Rencana Pilihan. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Bangkit guru memimpin perubahan – Normala Sudirman

MAY 17, 2014

Saban tahun, detik bersejarah tanggal 16 Mei merupakan tarikh istimewa yang cukup bermakna bagi insan bergelar ’guru’. Hampir 500,000 golongan warga pendidik diraikan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Selaku Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), saya ingin mengucapkan ’Selamat Menyambut Hari Guru’ kepada seluruh warga pendidik yang mencurahkan bakti bagi menggalas tanggungjawab dan amanah dalam memacu halatuju pendidikan negara.

Sesungguhnya,cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik.

Monday, 24 February 2014

Kelebihan hebat Solat Tahajud

8 Keajaiban Solat Tahajud yang umat Islam tak tahu..!!



Solat Tahajud
Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Keajaiban Solat Tahajud.Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’). Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam.Pesanan Dari Imam Nawawi:

Monday, 27 May 2013

Artikel Menarik : Jangan lepas dendam kepada guru

Jangan lepas dendam kepada guru
Posted on Saturday, May 25 @ 08:57:46 MYT by paktam
Penulis TamuOleh Mohd Sayuti Omar
Kegagalan UBN untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kekurangan undi popular buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menjadikan beberapa jabatan dan individu tertentu yang sedia menjadi perkakas buruk (baca juga perut labuh) kepada parti itu bertindak diluar batas kepada pihak-pihak yang disangka tidak memberi sokongan hatta walaupun sesama seprofesyen.


Salah satu kumpulan yang menjadi mangsa golongan menjadi perkakas buruk kepada UBN ialah, masyarakat guru. Pilihan raya tidak memberi keadaan kondusif buat golongan ini. Pilihan raya yang merupakan intipati kepada sistem demokrasi negara ini tidak menjamin hak kebebasan untuk mereka bersuara. Malahan pilihan raya menjadi malapetaka buruk sekiranya parti yang memerintah tidak menang. Mereka dijadikan “punching beg” oleh bos-bos atau orang atasan.

Thursday, 16 May 2013

Rencana Pilihan : Selamat Hari Guru 2013, guru agen perubahan

Selamat Hari Guru 2013, guru agen perubahan
Posted on Thursday, May 16 @ 10:59:37 MYT by paktam
Penulis TamuDewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik yang berada di seluruh negara. Segala persiapan untuk meraikan jasa mu para guru sebenarnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dicurahkan untuk mendidik anak bangsa.

Tuesday, 7 May 2013

Melayu bandar pun tolak BN

Pengundi Melayu bandar juga tolak BN
Abd Shukur Harun, 07 Mei 2013



Mengatakan keputusan PRU Ahad lalu sebagai ‘tsunami Cina’ adalah tanggapan yang sangat salah, tidak bertanggung jawab, tidak rasional dan masih lagi meniupkan sentimen perkauman.