HARAKAHDAILY | 02 Jun 2014.
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat tidak menolak kejadian jenayah pembunuhan yang berlaku pada hari ini adalah berpunca dari kegagalan dan kelemahan undang-undang sedia ada dalam negara.
Ketuanya Siti Zailah Mohd Yusof melahirkan kebimbangan dengan insiden pembunuhan seperti yang berlaku terhadap kanak-kanak berusia dua tahun pada 29 Mei baru-baru ini.
"Kita sangat bimbang, ini membuktikan kelemahan undang-undang yang melibatkan jenayah. Seolah-olah penjenayah tidak rasa takut untuk melakukan jenayah berkali-kali," katanya kepada Harakahdaily.
Tegasnya, tiba masanya undang-undang syariah diberi laluan segera oleh kerajaan sebagai opsyen bagi menangani gejala jenayah di dalam negara ini.
"Kerajaan juga perlu melihat balik mengapa jenayah seperti ini berlaku? Kerana tidak lain tidak bukan hiburan yang melampau ditambah pula dengan filem-filem ganas yang akhirnya memberi kesan kepada rakyat negara ini begitu juga gejala dadah yang tidak pernah berakhir," katanya.
Tambahnya, undang-undang yang sedia ada membuatkan para penjenayah tidak insaf dengan hukuman yang mereka terima ketika di penjara.
"Dalam kes adik ini, saya difahamkan pembunuh itu baru sahaja keluar daripada penjara yang menerima hukuman kerana dadah, tetapi tidak sampai seminggu sudah melakukan jenayah bunuh," katanya.
Mengulas insiden pembunuhan adik Siti Soffea Emelda, 2 tahun 6 bulan dilarikan daripada jagaan ibunya, katanya yang turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mengawasi dan mengambil berat anak-anak mereka.

- HARAKAHDAILY 2/6/2014
No comments:
Post a Comment