Sudut Iklan

Tuesday, 3 June 2014

Mulai 1 September, Tiada subsidi Petrol bagi Individu berpendapatan lebih RM5,000.. sebab dianggap kaya oleh kerajaan UMNO..!!!


Inilah hasilnya apabila pembuat dasar dan yang menghasilkan kajian tidak berpijak dibumi yang nyata hanya bersandarkan kepada andaian semata-mata.

Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh Pegawai & Kakitangan Bank Negara Malaysia menunjukkan :

Rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah

Manakala rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 diletakkan sebagai golongan berpendapatan sederhana.

Dan rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas dianggap sebagai berpendapatan tinggi..

RM5,000 diangap berpendapatan tinggi?.. angka ini mungkin sesuai digunapakai 10 atau 15 tahu yang lalu, hakikatnya buat masa dan ketika ini adalah tidak logik untuk dikatakan RM5,000 itu sebagai berpendapatan tinggi.

RM5,000 tolak EPF, tolak SOCSO dan ditolak pula dengan cukai pendapatan berapa yang tinggal agaknya?

Cukupkah dengan baki sebanyak lebih sedikit dari RM4,000 itu untuk menampung hidup di sebuah bandar besar?

Itu belum lagi ditolak dengan sewa rumah, bill api dan elektrik, ansuran bulanan kereta, minyak kereta, bayar tol dan berbagai lagi.. berapakah yang tinggal?

Malangnya golongan yang berpendapatan RM5,000 yang dianggap sebagai berpendapatan tinggi itu yang kini semakin terhimpit kehidupan sehariannya dengan bebanan kenaikkan harga barang.. sekali lagi akan terbeban kehidupan mereka.

Ini kerana Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Perdana Menteri yang paling banyak berhutang dalam sejarah pimpinan negara bakal menarik balik subsidi Petrol dan Diesel untuk mereka..

Laporan berkaitan..


Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

"Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

"Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

"Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~ MalaysiaGazette
Menariknya.. rakyat ditekan tetapi dalam masa yang sama satu peluang perniagaan buat kroni bakal diadakan..

Berapa agaknya yang akan diperolehi oleh kroni yang akan dianugerahkan projek 'Kad Pembelian Minyak' itu?

No comments:

Post a Comment