Sudut Iklan
Thursday, 10 September 2015
Keluarga gesa Anwar diberi rawatan penuh
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
FATHIN ATHIRAH HASLI
10 SEPTEMBER 2015
PUTRAJAYA - Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendesak pihak kerajaan menjalankan rawatan penuh ke atas Anwar yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.
Ini kerana menurut isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tahap kesihatan Anwar kini lebih membimbangkan berbanding sebelumnya.
"Kalaulah fisioterapi yang dijanjikan dijalankan terhadap beliau (Anwar), beliau tidak akan menderita sakit begini.
"Ini menyebabkan kami risau tentang perjalanan aktiviti harian yang dijalankan beliau di penjara," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Wan Azizah ditemui di Kementerian Kesihatan selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bersama dua orang anaknya, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar.
Pertemuan tersebut yang bertujuan untuk membincangkan status kesihatan dan kaedah rawatan Anwar turut diihadiri peguam mereka, Latheefa Koya dan N. Surendran.
Menurut Wan Azizah lagi, kesakitan yang dialami Anwar menyebabkan bekas Ketua Pembangkang PKR itu tidak dapat membaca seperti biasa.
"Selepas perbincangan tadi, kami diberi jaminan bahawa ketua pengarah akan melakukan langkah-langkah pembaikan ke atas rawatannya.
"Kami akan beri pihak kerajaan masa dan kita akan tengok nanti," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment