Sudut Iklan

Ruang Iklan

Sunday, 21 July 2013

Piagam khas PAS

Pas kemuka piagam khas
JAMILAH HAMZAH
21 Julai 2013


Datuk Husam Musa

KUALA BESUT - Pas akan mengeluarkan piagam khas bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai depan.

Pengarah Pilihan Raya Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata pembangkang akan mengeluarkan piagam khas yang menyerupai manifesto untuk rakyat Terengganu jika misi 16-16 tercapai.

Menurutnya, misi 16-16 akan memberi faedah kepada rakyat pada jangka masa panjang dan menguntungkan.

Beliau berkata, Pas dan juga wakil perikatan yang "turun padang" akan mengenegahkan isu perumahan, sektor perikanan dan menghapuskan kemiskinan penduduk di Terengganu.

"Kalau kita menang di sini, kita akan suruh wakil-wakil PR buatkan rancangan untuk menghapuskan kemiskinan Terengganu serta-merta, membina rumah kepada rakyat dalam masa sepuluh tahun, membina kompleks perikanan antarabangsana di sini dan Tok Bali sekali.

"Selain itu, kita juga merancang untuk membuka lapangan terbang kepada pelancong untuk ke Pulau Perhentian di Kuala Besut dan mengagihkan tanah-tanah kepada rakyat jelata termasuk Pulau Perhatian," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Pas mendakwa senario 16:16 yang bakal tercipta pada PRK di kerusi Dun Kuala Besut sebagai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang lebih berimbang.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya keputusan PRK itu berpihak kepada Pas, peranan PR dalam Dun Terengganu akan menjadi lebih besar dalam menentukan dasar dan hala tuju negeri.

"Jika senario itu berlaku, Pas boleh memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.

"Senario 16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat di Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang," katanya.

Mengulas lanjut, Husam yang juga Naib Presiden Pas menegaskan, PR tidak akan menggunakan politik wang untuk meraih undi warga Kuala Besut.

"Kita akan berubah program kepada 16-16. "Kita tak akan menggunakan pendekatan menggunakan wang yang dilakukan segelintir pihak.

"Kita lebih gunakan teknik untuk rakyat berfikir melalui maklumat yang disampaikan," katanya.

sumber : Harakahdaily

No comments:

Post a Comment