Sudut Iklan

Wednesday 4 June 2014

QAS:Tawar Pengajian Perubatan di Uni Turki



Ramai lepasan SPM memasang impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan yang menjanjikan peluang karier yang cerah dengan menjanjikan pendapatan yang lumayan bahkan menjadi harapan kedua ibu bapa untuk memastikan masa depan anak-anak mereka terjamin, dalam bidang kerjaya yang diceburi.

Namun bukan sedikit pengorbanan dan kekangan yang perlu dihadapi termasuklah, kewangan dan kelayakan yang tertentu untuk menyertai kursus dan pengajian yang dihajati. Ini termasuklah mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam, apatah lagi sekiranya berhasrat untuk ke luar negara, bagi tujuan yang sama.

Bagi merealisasikan hasrat murni dan citia-cita tinggi ibu bapa dan pelajar, QAS Management Sdn Bhd sebuah syarikat tempatan menawarkan khidmat perunding penempatan pelajar, yang telah diyakini matlamat dan rekod pencapaiannya.

QAS Management merupakan sebuah syarikat perunding penempatan pelajar yang ditubuhkan sejak tahun 1992, berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menempatkan pelajar khususnya dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti-universiti yang diiktiraf oleh MMC dan JPA seperti di Turki,Russia, Indonesia dan Mesir.

Syarikat tersebut menumpukan khidmat untuk penempatan pelajar di universiti luar negara bermula dengan urusan dokumentasi seperti visa dan tiket penerbangan, pendaftaran pelajar, penginapan sehinggalah sesi pengajian dijalankan.

Lebih menarik, dengan hanya mendapat minimum B dalam semua subjek SPM, para lepasan dapat terus ke Tahun Pertama Fakulti Perubatan di Universiti yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, QAS amat memahami dan berpengalaman luas untuk mengatasi segala permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan ibu bapa samada dari aspek akademik, pinjaman pendidikan, tempat tinggal, keselamatan dan urusan birokrasi di luar negara.

Pelbagai inisiatif dan pendekatan telah diambil oleh QAS untuk membantu pelajar-pelajar dengan mengadakan beberapa program sebelum berlepas dan semasa pelajar berada di luar negara.Kemudahan rumah pelajar yang lengkap dan selesa, keselamatan dan suasana pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar amat dititik beratkan oleh pihak syarikat.

Konsultan Pendidikan Nazeehah Zaini, 28 ketika ditemui Harakah berkata hasrat dan visi syarikat adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera Islam untuk mendapat pengalaman belajar di luar negara dan dalam masa yang sama dengan pengalaman tersebut dapat dicurahkan kembali kepada negara selepas mereka berjaya memiliki ijazah sekaligus mendapat kerjaya yang diidamkan.


Antara fokus utama syarikat adalah memastikan pelajar yang cemerlang mendapat tempat di universiti luar negara termasuklah daripada golongan anak-anak yatim dan juga yang cemerlang dalam bidang tahfiz al-Quran.

Terbaru, QAS Management menawarkan khidmat penempatan dan pengajian Perubatan di Universiti Turki, yang mana selain persekitaran kondusif di bumi Islam, yuran pengajiannya juga antara yang terendah berbanding universiti lain di luar negara.

"Untuk tahun seterusnya, kita akan berusaha mencari dana atau pembiayaan kepada para pelajar yang sudah mendapat tempat pengajian melalui khidmat syarikat kami.

"Kami merupakan satu-satunya koordinator untuk YOS Exam bagi pengajian di Istanbul Universiti dan ini memberi kelebihan kepada para pelajar yang menggunakan khidmat kami,"katanya kepada Harakah ketika sesi temubual di pejabat QAS Mangement yang terletak di Subang Jaya, 21 April lalu.

Nazeehah juga menjelaskan, pihaknya sendiri akan menguruskan secara terus para pelajar, bermula di Malaysia sehinggalah ke negara yang dipilih tempat pengajiannya.


"Kami akan menguruskan mereka sehingga akhir, iaitu bermula daripada pendaftaran seterusnya ke tempat penginapan sehinggalah para pelajar memulakan pengajian di sana,"katanya.

QAS Management akan menghantar perunding pendidikan atau wakil, yang akan membawa sekumpulan para pelajar ke universiti terbabit dan untuk rekod, mencapai 40 orang pelajar dalam satu masa malah ada antara wakil syarikat yang berada di negara tersebut sehingga sebulan, untuk memastikan segala proses kemasukan dan pengajian para pelajar berjalan dengan lancar.

Cerita Nazeehah lagi, cabaran yang ditempuh ketika menguruskan hal pengajian anak-anaknya ke luar negara daripada mencari universiti yang sesuai hingga kepada pembiayaan, telah mencetus idea kepada pengasas QAS Mangement Norizah Ali dan Zaini Idris untuk menubuhkan syarikat bagi membantu ibu bapa yang menghadapi masalah sama.

Syarikat tersebut ditubuhkan bertujuan memberi perkhidmatan bagi membantu pelajar tempatan meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di universiti-universiti terpilih terutama di Indonesia, Rusia, Turki dan Mesir, kata Nazeehah.

"Berdasarkan pengalaman, perubatan merupakan bidang yang amat tinggi permintaannya tetapi tempat yang ditawarkan di universiti-universiti tempatan amat terhad.

"Jadi secara tidak langsung sebenarnya kami membantu merealisasikan cita-cita rakyat Malaysia yang berhasrat menjadi doktor dengan mendapatkan tempat di universiti di luar negara," kata Nazeehah.

QAS yang beroperasi di 14-2 Jalan USJ 9/5R Subang Business Centre , Subang Jaya, Selangor, kini giat dalam memberi perkhidmatan pengurusan dan penempatan pelajar dalam bidang perubatan khususnya di Turki seperti di Universiti Istanbul, Universiti Ankara, Universiti Hacetteppe dan Universiti Ege, Izmir.

"Semua Universiti di luar negara yang disenaraikan oleh QAS Management diiktiraf oleh MQA dan JPA. Oleh itu jaminan kerjaya selepas pengajian, tidak perlu diragu sama sekali,"katanya.


Jelas Nazeehah, universiti-universiti tempatan tidak mampu untuk menampung permintaan dalam melatih doktor-doktor perubatan malah berdasarkan perangkaan terbaru, kerajaan hanya mampu menyediakan 53 peratus doktor di hospital kerajaan, manakala dalam bidang pergigian nisbahnya lebih kecil iaitu seorang doktor gigi untuk 800 pesakit.

Menyedari kekurangan itu, QAS mengambil inisiatif untuk membantu kerajaan dengan menghantar pelajar perubatan ke negara terbabit dengan pembiayaan ibu bapa masing-masing.

Tambah Nazeehah, walaupun dengan pembiayaan sendiri, semasa berada di tahun kedua pelajar-pelajar boleh memohon bantuan kewangan melalui institusi seperti Yayasan Negeri, Pusat Zakat atau Baitulmal serta bank-bank tempatan.

"Walaupun pelajar sudah mengikuti pengajian, kami di QAS tidak lepas tangan sebaliknya pada setiap semester kami akan memantau pencapaian akademik mereka serta memberikan kursus tambahan dalam memotivasikan pelajar tersebut," katanya.

Sehubungan itu, bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke universiti luar negara bolehlah mendapatkan perkhidmatan agensi dan penempatan untuk memudahkan urusan di QAS Management (M) Sdn. Bhd.

"Kami di QAS Mangement sedaya upaya memberi khidmat yang terbaik bagi memastikan masa depan dan impian ibu bapa dan pelajar tercapai sekaligus menjadi seorang muslim yang memberi manfaat dan berguna kepada agama dan masyarakat,"katanya mengakhiri perbualan lebih sejam.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengajian perubatan di Turki, Rusia, Indonesia dan Mesir, boleh hubungi talian bebas tol 1800-888-727 atau emel

No comments:

Post a Comment