Sudut Iklan

Monday 9 June 2014

Perkampungan terbesar Orang Asli bakal jadi produk pelancongan negara


Perkampungan Orang Asli ini berbeza dengan yang sedia ada yang cuma menonjolkan hanya satu kaum tertentu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan perkampungan terbesar Orang Asli yang merangkumi pelbagai suku kaum dari seluruh negara.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah berkata, ia akan menjadi salah satu tarikan utama di dalam kalendar Tahun Festival Malaysia 2015

"Ia sekali gus berbeza dengan perkampungan Orang Asli sedia ada yang menonjolkan hanya satu kaum tertentu yang mewakili negeri tertentu sahaja.

"Kita bercadang untuk mengadakan perkampunganone stop centreuntuk semua Orang Asli. Kalau kita dapat wujudkan perkampungan merangkumi semua sekali, jadi bila pelancong datang, mereka akan ke satu tempat sahaja,'' katanya selepas merasmikan Festival Orang Asli 2014 (FOA 2014) di Muzium Negara.

Festival empat hari yang bermula 7 sehingga 10 Jun itu menghimpunkan lebih 20 pengusaha dari pelbagai suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Pengunjung turut berpeluang untuk melihat dan mendapatkan pelbagai hasil kesenian seperti kraf topeng, demonstrasi masakan, ubat-ubatan tradisional dengan harga murah sepanjang FOA 2014.

Festival itu turut mengetengahkan pelbagai aktiviti muzik, semi persembahan seperti tarian berkonsepkan setempat yang penuh dengan nilai kehidupan sebenar Orang Asli sendiri.

Jelasn Rashidi, perkampungan itu bakal menjadi produk baru pelancongan negara selain mengketengahkan keunikan orang asli di mata dunia.

Bagaimanapun ujarnya, lokasi sebenar perkampungan tersebut akan diputuskan kemudian.

Dalam perkembangan lain jelas Rashidi, kehadiran pelancong pada suku tahun pertama tahun ini mencatat peningkatan 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Katanya, kementerian juga yakin sasaran 28 juta pelancong sepanjang tempoh Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun ini mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment