Sudut Iklan

Ruang Iklan

Sunday, 1 June 2014

Saya Tidak Akan Putus Asa Walaupun Kalah - Dyana Sofya



Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 12:19 AM

TELUK INTAN: Walaupun DAP gagal mempertahankan kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan namun calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan berputus asa dan mengecewakan harapan penduduk tempatan.

Beliau berkata, perjuangannya di Teluk Intan masih belum selesai termasuk menghentikan politik perkauman.

Menurutnya, beliau akan tetap berada dan fokus dalam perjuangannya untuk rakyat di Teluk Intan.

"Ini terutama (rakyat) yang memerlukan saya...jangan kecewa. Setialah bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat operasi DAP di sini, malam Sabtu.

Pada PRK kali ini Dyana Sofya tewas ditangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19, 919 undi.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan calon DAP berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu Seah Leong Peng, 48, dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

No comments:

Post a Comment