Sudut Iklan

Sunday 1 June 2014

Najib minta kedutaan bantu Presiden PAS yang dirawat di Istanbul



Najib hubungi kedutaan Turki supaya Hadi Awang dapat sokongan penuh

T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mei 31, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 31, 2014 13:41 MYT)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah berusaha untuk memberikan sokongan yang sewajarnya kepada Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awangyang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran masalah kesihatan.

Najib, dalam laman Twitternya berkata beliau telah menghubungi kedutaan Malaysia di Turki untuk memastikan Abdul Hadi diberi sokongan yang sepatutnya.

Abdul Hadi dilaporkan telah mengalami sesak nafas dan telah dihantar dengan ambulans ke Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.

Sebelum ini, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Shamsuri Mukhtar memberitahu Astro AWANI bahawa masalah komplikasi jantung dan paru-paru berair disyaki menjadi punca beliau mengalami sesak nafas.

Dr Ahmad Shamsuri telah berkata buat masa ini, Abdul Hadi dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pemeriksaan seterusnya.

Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpengkalan di Istanbul.

Najib kini berada di Beijing untuk lawatan rasmi enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

No comments:

Post a Comment