Sudut Iklan

Wednesday 11 June 2014

Mihun Jijik Cap Masjid Guna Logo Halal Tidak Sah - Jakim


Papan tanda kilang mee hoon yang menggunakan logo halal tidak sah.

Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN
ain@thestar.com.my
PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk 'Bihun Istimewa' menggunakan lambang masjid keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara.

Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial.

Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan, syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya. 


Seorang lelaki dipercayai warga asing sedang membungkus mihun cap masjid.

"Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

"Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini," katanya.


Kawasan persekitaran kilang mihun yang menjijikkan.

Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang 'masjid' tersebar di blog dan laman sosial.

Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan.

Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan.

No comments:

Post a Comment