Sudut Iklan

Monday 9 June 2014

Peniaga kaut untung atas angin dengan menjual semula tapak perniagaan


Bazar Ramadan yang penuh sesak dengan para pengunjung. -Gambar Fail

ALOR SETAR: Kurang tiga minggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.

Bagaimanapun di Kedah tindakan sesetengah penyewa tapak perniagaan bazar Ramadan yang mengambil keuntungan “atas angin” berjaya dikesan apabila ada di antara mereka yang terbabit menjual semula tapak tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi.

Perkara itu dijelaskan, Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Mohd Asri Redza, yang mendakwa ada di antara peniaga yang memohon tapak bazar Ramadan daripada MBAS kemudiannya menjual semula kepada pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah.

Mohd Asri turut mengakui wujudnya gejala penipuan itu malah pihak MBAS sendiri telah menerima beberapa adauan daripada pihak yang terinaya.

Penipuan ini dikenalpasti apabila terdapat sesetengah peniaga yang didakwa mempunyai hubungan baik dengan penyewa iaitu pihak ketiga seperti rakan karib, saudara mara mahupun kenalan dan pihak ketiga itu pula bersetuju menyewa tapak berkenaan berdasarkan harga yang ditetapkan kerana mereka yakin mampu memperoleh pulangan perniagaan yang berganda.

Jika sebarang pengaduan dibuat, pihaknya sedia turun padang bagi melihat serta menyelesaikan masalah terbabit.

Sehingga kini pihaknya sedang mengenalpasti jumlah berkaitan perkara itu ekoran terdapat penyewa asal yang telah menjual semula tapak berkenaan atas dasar persetujuan yang dibuat antara mereka.

Dalam perkara yang sama, Mohd Asri menegaskan lokasi yang diberikan oleh MBAS kepada peniaga untuk menjalankan aktiviti pada bulan Ramadan kebanyakkannya sesuai serta strategik selain mempunyai pengunjung yang ramai.

Jumlah keseluruhan tapak untuk bazar Ramadan yang disediakan pihak MBAS pada tahun ini ialah 1,602 tapak yang merangkumi 1,364 tapak bagi jualan juadah berbuka puasa manakala selebihnya bagi jualan pakaian serta perkakas sambutan Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment