Sudut Iklan

Saturday 7 June 2014

121 jemaah umrah terkandas di Madinah dibawa pulang esok


GEORGETOWN: Seramai 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak 1 Jun lalu, akan dibawa pulang ke Malaysia dengan bantuan Biro Kebajikan UMNO.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata jemaah berkenaan akan dibawa pulang esok menaiki penerbangan Flynas dari Jeddah pada jam 10 malam waktu tempatan.

Beliau berkata, jemaah itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin ini kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Kumpulan jemaah itu difahamkan mengikuti pakej di bawah Syarikat Madain Taqwa Travel Agency beroperasi di Perak dikatakan menawarkan harga pakej serendah RM3,999 bagaimanapun gagal menguruskan tiket penerbangan pulang jemaah seramai 268 orang.

Baki 147 jemaah sudah pulang ke tanah air dengan perbelanjaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment