Sudut Iklan

Saturday 7 June 2014

Apple sudah jual lebih 800 juta telefon bimbit - Cook

KETUA Eksekutif Apple Inc, Tim Cook berucap mengenai iOS 8 pada Persidangan Pembangun Apple Sedunia di San Francisco. - Foto AP

SAN FRANCISCO: Pengeluar iPhone sudah menjual lebih 800 juta unit telefon bimbit, kata Ketua Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, hari ini.

Cook berkata, kira-kira 130 juta pelanggan membeli telefon bimbit Apple buat kali pertama dalam tempoh 12 bulan.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Tahunan Pembangun iPhone di sini.

Pada persidangan berkenaan, Cook menggariskan ciri-ciri terbaharu komputer Macintosh dan perisian operasi telefon bimbit, iOS.

Sementara itu, Apple menyifatkan perisian Mac terbaharu, "Yosemite" yang antara lain menampilkan aplikasi storan terbaharu Internet dan membolehkan pengguna menjawab panggilan dan menyemak pesanan teks yang dipaparkan menerusi iPhone. - Reuters

1 comment: