Sudut Iklan

Ruang Iklan

Tuesday, 19 August 2014

Tun Mahathir Mohamad menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak


Tun Mahathir Mohamad menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

Monday, 18 August 2014

Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor


Gambar dari Malaysiakini

Penceramah agama dan kolumnis kontroversi Ridhuan Tee mengaitkan kemarahan terhadap pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebuah projek penternakan babi RM100 juta.

Tindakan Khalid yang masih belum melaksanakan projek bersepadu itu menjadi faktor utama kemarahan daripada pihak yang digelarnya “ultra kiasu”, tulisnya di Sinar Harian.

Khalid kena tunggu Sultan Selangor pulang dari luar negara



Kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor pada Isnin.
Gambar dari mStar Online

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda kembali ke tanah air bagi menyelesaikan krisis politik di Selangor khususnya membabitkan kedudukan menteri besar.

Friday, 15 August 2014

22 Ogos telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara


22 Ogos telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara sempena mengingati mereka yang terkorban di dalam tragedi MH17 - Foto Bernama
Gambar dari Astro Awani Online

Astro Awani Online menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

Sunday, 10 August 2014

Awas dengan cerita media baru

Gambar dari Harakahdaily

Ahli-ahli PAS mesti mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tuntutan berjamaah sebagaimana yang diminta oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, tidak patuh kepada ketua adalah permulaan sifat munafik seseorang seperti mana yang diucapkan oleh sahabat Nabi s.a.w, Abu Darda' r.a.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Nerus kali ke-54 di pusat tarbiah PAS kawasan, Pekan Batu Enam pagi ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan ahli-ahli PAS supaya tidak terikut-ikut dengan pelbagai cerita melalui media baru.

Elakkan dari terikut-ikut dengan cerita media baru. Saya menyeru untuk kita semua berhati-hati apabila melayari internet supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh mengelirukan masyarakat dan jamaah seperti yang dilaporkan Harakahdaily pada 9 Ogos 2014