Sudut Iklan

Monday 18 August 2014

Khalid kena tunggu Sultan Selangor pulang dari luar negara



Kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor pada Isnin.
Gambar dari mStar Online

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga baginda kembali ke tanah air bagi menyelesaikan krisis politik di Selangor khususnya membabitkan kedudukan menteri besar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, beliau menerima permohonan daripada Khalid untuk menghadap Sultan Sharafuddin di luar negara bagi menjelaskan situasi dan perkembangan semasa politik di Selangor serta kedudukan beliau sebagai menteri besar.



Permohonan beliau telah saya persembahkan kepada baginda.

Bagaimanapun baginda menitahkan supaya Tan Sri Khalid menunggu sehingga baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi jelasnya kepada mStar Online



Perkembangan terbaharu politik di Selangor menyaksikan Khalid tidak lagi mendapat sokongan daripada PAS selepas Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan bahawa parti itu mahu kedudukan beliau digantikan.

Dengan itu secara automatik Khalid hilang sokongan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor apabila kesemua 43 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat menolak beliau sebagai menteri besar.

Keputusan itu sekaligus menolak pendirian dan sokongan yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

Difahamkan Khalid hanya akan menghadap Sultan Selangor selepas 27 Ogos ini setelah baginda pulang ke tanah air.

No comments:

Post a Comment