Sudut Iklan

Sunday 10 August 2014

Awas dengan cerita media baru

Gambar dari Harakahdaily

Ahli-ahli PAS mesti mempunyai disiplin yang tinggi dalam melaksanakan tuntutan berjamaah sebagaimana yang diminta oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Menurutnya, tidak patuh kepada ketua adalah permulaan sifat munafik seseorang seperti mana yang diucapkan oleh sahabat Nabi s.a.w, Abu Darda' r.a.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Nerus kali ke-54 di pusat tarbiah PAS kawasan, Pekan Batu Enam pagi ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan ahli-ahli PAS supaya tidak terikut-ikut dengan pelbagai cerita melalui media baru.

Elakkan dari terikut-ikut dengan cerita media baru. Saya menyeru untuk kita semua berhati-hati apabila melayari internet supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh mengelirukan masyarakat dan jamaah seperti yang dilaporkan Harakahdaily pada 9 Ogos 2014

No comments:

Post a Comment