Sudut Iklan

Monday 14 July 2014

Gaza: Israel musnahkan 21 masjid, 36 buah sekolah



GAZA: Pesawat perang Israel bukan sahaja mensasarkan kediaman orang awam di semenanjung Gaza, malah juga bangunan-bangunan strategik untuk dimusnahkan.

Setakat pagi ini, 21 masjid, 36 sekolah, enam hospital serta 233 buah rumah telah dimusnahkan dalam serangan yang masuk hari kelapan hari ini.

Pagi ini pesawat Israel mengebom masjid Al-Nour di bandar Gaza tengah Deir el-Balah, yang turut merosakkan rumah-rumah kediaman sekitarnya.

Jet Israel juga turut memusnahkan sebuah bangunan kerajaan serta ladang di selatan semenanjung Gaza termasuk Rafah dan Khan Yunis.

Pada Sabtu lalu, Israel turut mengebom masjid Farouq ketika hampir waktu subuh dikala umat Islam Palestin sedang bersahur.

Pada Jumaat pula, pesawat perang Israel mensasarkan kawasan sekitar masjid Dar al-Salam, yang menyebabkan seorang warga Palestin cedera ketika sedang berjalan pulang ke rumah selepas solat Tarawih.

Beberapa hari lalu pula, 4 orang terbunuh dan 5 yang lain cedera dalam satu serangan udara Israel ke atas masjid Anwar Aziz di Jabaliya.

Setiausaha Kementerian Wakaf Dr Hassan Sifi berkata serangan Israel jelas bersifat perkauman dan mahu membunuh penduduk Gaza.

"Kebencian Israel memuncak apabila mereka mengebom tanah perkuburan, masjid dan tempat-tempat ibadat, terutama masjid al-Farouq di Nusairat dan Anwar Aziz di wilayah utara".

"Ini secara terang-terangan melanggar undang-undang Allah dan konvensyen antarabangsa," katanya.

Sehingga kini, seramai 172 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas semenanjung Gaza sejak Isnin manakala 1260 lagi cedera. -HARAKAHDAILY 14/7/2014

No comments:

Post a Comment