Sudut Iklan

Thursday 30 May 2013

Berita Pilihan :Khalid janji bangunkan luar bandar, jaga agama Islam

Khalid janji bangunkan luar bandar, jaga agama Islam
Harakahdaily, 30 Mei 2013



(Khalid membuat ucapan di depan Tuanku Sultan Selangor sempena perlantikan Exco hari ini)

Monday 27 May 2013

Artikel Menarik : Jangan lepas dendam kepada guru

Jangan lepas dendam kepada guru
Posted on Saturday, May 25 @ 08:57:46 MYT by paktam
Penulis TamuOleh Mohd Sayuti Omar
Kegagalan UBN untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kekurangan undi popular buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menjadikan beberapa jabatan dan individu tertentu yang sedia menjadi perkakas buruk (baca juga perut labuh) kepada parti itu bertindak diluar batas kepada pihak-pihak yang disangka tidak memberi sokongan hatta walaupun sesama seprofesyen.


Salah satu kumpulan yang menjadi mangsa golongan menjadi perkakas buruk kepada UBN ialah, masyarakat guru. Pilihan raya tidak memberi keadaan kondusif buat golongan ini. Pilihan raya yang merupakan intipati kepada sistem demokrasi negara ini tidak menjamin hak kebebasan untuk mereka bersuara. Malahan pilihan raya menjadi malapetaka buruk sekiranya parti yang memerintah tidak menang. Mereka dijadikan “punching beg” oleh bos-bos atau orang atasan.

Saturday 25 May 2013

Petikan Akhbar : Majistret tolak permohonan polis reman 3 aktivis

Majistret tolak permohonan polis reman 3 aktivis
Harakahdaily, 24 Mei 2013


KUALA LUMPUR: Majistret hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mereman tiga aktivis iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan aktivis PAS, Tamrin Ghafar.

Sehubungan itu ketiga-tiga mereka yang ditahan oleh polis sejak semalam di balai polis Jinjang akan dibebaskan.

Mereka semalam ditahan di tiga tempat berasingan dan disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina, pada 13 Mei lalu.

Wednesday 22 May 2013

Datuk Dr Haron Din persoal SPR

SPR berdiam diri cetus reaksi rakyat – Haron Din
Aslani M, 22 Mei 2013



KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.

Friday 17 May 2013

Rencana Pilihan : Muhammad SAW, guru umat sepanjang zaman

Muhammad SAW, guru umat sepanjang zaman
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, 17 Mei 2013


Nabi kita Muhammad SAW telah dilahirkan ketika seluruh dunia benar-benar memerlukan petunjuk daripada Allah Taala, yakni setelah ajaran para Rasul tidak didengar lagi. Iaitu ketika tanda-tanda ajaran Allah Taala telah disia-siakan, ketika dahsyatnya kesesatan (tidak kira sama ada dilakukan oleh penduduk di atas buminya didirikan sebuah Ka‘abah, mahupun juga wilayah Rom tempat berkembangnya agama Kristian). Begitu juga kepada penganut agama Majusi, penyembah api dan penganut ajaran Mazdak, termasuklah di daerah-daerah lain di seluruh pelosok dunia, semuanya berada di dalam kesesatan.

Thursday 16 May 2013

Rencana Pilihan : Selamat Hari Guru 2013, guru agen perubahan

Selamat Hari Guru 2013, guru agen perubahan
Posted on Thursday, May 16 @ 10:59:37 MYT by paktam
Penulis TamuDewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik yang berada di seluruh negara. Segala persiapan untuk meraikan jasa mu para guru sebenarnya terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah dicurahkan untuk mendidik anak bangsa.

Friday 10 May 2013

Ahli-ahli Parlimen PAS 2013


AHLI PARLIMEN PAS
[2013-2018]

NoNAMAParlimen
1Marang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
2Kuala Nerus
Khairuddin Aman Razali
3Kuala Terengganu
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
4Dungun
Wan Hassan Mohd Ramly
5Pokok Sena
Datuk Mahfuz Omar
6Parit Buntar
Dr. Mujahid Yusof
7Bukit Gantang
Ustaz Idris Ahmad
8Temerloh
Nasrudin Hassan
9Hulu Langat
Che Rosli Che Mat
10Shah Alam
Khalid Samad
11Kota Raja
Dr. Siti Mariah Mahmud
12Sepang
Mohamed Hanipa Maidin
13Tumpat
Datuk Kamaruddin Jaafar
14Pengkalan Chepa
Dr Izani Hussin
15Kota Bharu
Datuk Takiyuddin Hassan
16Pasir Mas
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
17Rantau Panjang
Siti Zailah Mohd Yusoff
18Kubang Kerian
Ahmad Baihaki Atiqullah
19Bachok
Ahmad Marzuk Shaary
20Pasir Puterh
Dr Nik Mazian Nik Mohamad
21Kuala Krai
Dr. Mohd Hatta Ramli
sumber : Kelab Greenboc

Tuesday 7 May 2013

Melayu bandar pun tolak BN

Pengundi Melayu bandar juga tolak BN
Abd Shukur Harun, 07 Mei 2013



Mengatakan keputusan PRU Ahad lalu sebagai ‘tsunami Cina’ adalah tanggapan yang sangat salah, tidak bertanggung jawab, tidak rasional dan masih lagi meniupkan sentimen perkauman.

Monday 6 May 2013

Kerendahan hati TG Nik Aziz

TG Nik Aziz lena di surau sebelum teruskan kempen
Rizal Tahir, 05 Mei 2013




(TG Nik Aziz berehat sebentar sebelum meneruskan kempen)