Sudut Iklan

Thursday 30 August 2012

Sokong turunkan harga kereta





Apalah nasib kite, ditindas di bumi sendiri. Sudahlah bermacam cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan dan ditambah pulak pelbagai bayaran terutama tol-tol yang melingkari seluruh negara dan harga barang yang naik tanpa ada laranya.

Sungguh terkejut, harga kereta sepatutnya lebih rendah tetapi kerana hendak jaga tembolok pemimpin-pemimpin UMNO rakyat yang terbeban dan diperbodohkan. Yang boleh pakai kereta mahal-mahal hanya kroni-kroni UMNO, rakyat pakai kereta nasional yang banyak kerenah dan kurang selamat.

Yang menjadi masalahnya, hal-hal sebegini hanya diketahui oleh sebilangan kecil para pencinta kebenaran yang ada akses internet, yang dikampung-kampung dan di felda-felda terus bodoh dengan maklumat yang salah yang diberi oleh media massa kawalan UMNO.

Sampai bila kita hendak diperkuda oleh UMNO? Jangan bila dah masuh kubur pun masih tak sedar-sedar. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment