Sudut Iklan

Ruang Iklan

Thursday, 19 March 2015

Microsoft bekerjasama dengan syarikat China untuk merangsang penggunaan Windows 10



Hampir semua orang berbual mengenai Windows 10 yang bakal berada di pasaran pertengahan tahun ini di 190 negara dan hadir dengan 111 bahasa.

China menjadi fokus pembangunan Microsoft untuk merangsang penggunaan Windows terbaru itu ke seluruh dunia.

Microsoft bekerjasama dengan syarikat teknologi China seperti Lenovo, Tencent dan Qihu 360 untuk merangsang penggunaan Windows 10 di seluruh dunia.

Terdapat 2,500 pusat servis di China akan menawarkan peningkatan Windows 10 selain menjual Windows Phone menerusi China Mobile.

Pengguna Windows 7, 8.1 dan 8.1 mobile boleh meningkatkan sistem kepada Windows 10 secara percuma untuk tahun pertama ia dilancarkan.

Windows 10 juga bakal dilengkapi dengan sistem pengesahan biometrik baru yang dikenali sebagai Windows Hello.

Pelbagai produk berkaitan Windows 10 akan diperluaskan untuk merangsang penggunaannya termasuk permainan video dan perisian keselamatan internet.

Tencent akan melancarkan QQ App dan permainan PC popular seperti League of Legends dan Cross Fire untuk Windows 10.

Selain Qihu 360 akan menawarkan Windows 10 secara percuma kepada pengguna produk keselamatan komputernya.

Microsoft juga bekerjasama dengan pengeluar telefon pintar China, Xiaomi untuk menguji dan menggantikan sistem operasi peranti android itu kepada Windows 10.

Ketika ini, 1.5 bilion pengguna menggunakan sistem operasi Windows di seluruh dunia.

Bayangkan pengembangan industri Internet of Things (IOT) atau pengencaman maya versi baru yang bakal diperkenalkan secara percuma oleh Microsoft.

Read more at:http://www.astroawani.com/kini-trending/microsoft-bekerjasama-dengan-syarikat-china-untuk-merangsang-penggunaan-windows-10-56015?cp

No comments:

Post a Comment