Sudut Iklan

Sunday 6 September 2015

Jemaah rayu bina masjid baharu


Keadaan dalam masjid Kampung Kerai semasa solat Sunat Aidilfitri Sebahagian jemaah terpaksa solat di luar masjid berikutan keadaan masjid yang sempit. 1 Syawal lalu.

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 JULAI 2015


TEMERLOH – Badan Kebajikan Masjid Kampung Kerai memerlukan peruntukan bagi menaik taraf aku membina baharu sebuah masjid di kampung tersebut bagi menampung kepulangan sanak saudara yang pulang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Setiausahanya, Syed Daud Syed Ibrahim berkata, terbaharu Jemaah masjid kampung itu terpaksa menambah empat saf tambahan apabila saf utama di dalam kawasan masjid tidak mampu menampung jumlah Jemaah yang ramai.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya telah menghantar permohonan rasmi kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang bagi tujuan untuk menaik taraf atau membina baharu masjid di kampung itu.

“Setakat ini kami masih menunggu keputusan mengenai perkara ini dan berharap ada sesuatu yang baik selepas ini,” katanya.

Syed Daud berkata, selain penduduk Kampung Kerai, masjid kampung itu turut digunakan Jemaah dari Kampung Perak, Galok Kecil, Nuar dan sebahagian penduduk Orang Asli Kampung Paya Sendayan.

Beliau berkata, sejak dibina sekitar 60 tahun lalu masjid kayu itu memerlukan peruntukan untuk dinaik taraf sekurang-kurangnya sekiranya tidak dapat dibina baharu.

“Kami di kampung ini berharap sangat supaya kerajaan mempertimbangkan perkara ini demi kebaikan bersama.

“Sejak kebelakangan ini juga Jemaah semakin ramai memandangkan ramai yang sudah bersara dan pulang serta tinggal di kampung ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment