Sudut Iklan

Ruang Iklan

Wednesday, 16 September 2015

Objek besar dikesan berhampiran kawasan serpihan MH370 ditemui di Pulau Reunion


Objek tersebut dilaporkan dikesan terapung di Lautan Hindi, 70 kilometer ke barat daya Pulau Reunion, oleh seorang juruterbang Air France. - Gambar Fail

Agensi |  September 15, 2015 21:28 MYT

SAINT-DENIS DE LA REUNION: Hampir dua bulan selepas serpihan pesawat MH370 ditemui di Pulau Reunion, satu lagi objek besar dikesan terapung di luar kawasan pulau sama.

Objek tersebut dilaporkan dikesan terapung di Lautan Hindi, 70 kilometer ke barat daya Pulau Reunion, oleh seorang juruterbang Air France.

Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pulau Reunion, Siva Vadivelou memaklumkan objek itu dikesan ketika pesawat berkenaan berada pada ketinggian yang tinggi.

"Objek berkenaan sudah tentu mempunyai saiz yang besar, kerana ia boleh dilihat pada ketinggian tinggi," jelas Vadivelou.

Vadivelou memaklumkan maklumat berkenaan objek itu kemudian dilaporkan ke perkhidmatan marin Pulau Reunion.

Bagaimanapun pihak berkuasa Pulau Reunion masih tidak dapat memberikan butiran lanjut, tempoh masa yang diperlukan untuk menentukan apa sebenarnya objek tersebut.
Pasukan penyiasat Perancis baru-baru ini mengesahkan serpihan yang dikenali sebagai 'flaperon' yang ditemui di pantai Pulau Reunion, milik pesawat MH370, yang hilang dengan 239 penumpang ketika dalam penerbangan dari Malaysia ke China pada 8 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment