Sudut Iklan

Monday 14 September 2015

Kes anjing dalam troli: Troli sudah dibersihkan


Foto yang tersebar di laman sosial.

WARTAWAN SINAR HARIAN
14 SEPTEMBER 2015

SHAH ALAM - Sebuah troli yang digunakan oleh dua orang wanita untuk meletakkan anjing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah dibersihkan.

Melalui akaun mikto Twitter Malaysia Airports @MY_Airports, troli berkenaan sudah diasingkan untuk proses pembersihan yang sepatutnya (samak).

"Harap maklum bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam bangunan terminal di dalam lapangan terbang.

"Terdapat notis yang disediakan untuk mengingatkan pengguna lapangan terbang tentang peraturan ini," kata Malaysia Airports.

Semalam, sebuah foto yang menunjukkan dua orang wanita berdiri berdekatan sebuah troli yang diletakkan seekor anjing menjadi viral di media sosial.

Ini merupakan kejadian kedua selepas insiden hampir sama berlaku di sebuah pasar raya, minggu lepas.

[ARTIKEL BERKAITAN: Viral gambar anjing: 500 troli kena samak]

Kejadian tersebut menyebabkan pelayar laman sosial mengkritik dan marah tindakan wanita tersebut yang disifatkan tidak peka terhadap kaum dan agama lain.

No comments:

Post a Comment