Sudut Iklan

Tuesday 15 September 2015

Honda CR-Z Turbo



FAIZAL & FOTO: SHAH BAHULU
10 SEPTEMBER 2015


SIAPA sangka sebuah jentera ‘hibrid’ Honda CR-Z yang pada asalnya dikeluarkan untuk menarik golongan muda menggunakan kenderaan cekap tenaga di jalan raya, telah di serapkan ke dunia sukan permotoran oleh pengguna jentera ini.

Ini kerana jentera ini mempunyai potensi yang tersendiri apabila ia didatangkan bersama enjin berkapasiti 1.5 liter hibrid bersama resipi signatur dari Honda iaitu ‘Intelligent - Variable Valve Timing and Lift Electronic Control’ atau lebih dikenali sebagai i-Vtec.

Selain potensi prestasi jentera ini yang sering menjadi bualan, reka bentuk ‘coupe’ dua pintu ini kelihatan begitu ‘sporty’ dan pada masa yang sama ia adalah jentera hibrid. Sungguh unik. Honda CR-Z merupakan nama bagi singkatan ‘Compact Renaissance Zero’ yang bermaksud ia diilhamkan menerusi prinsip seni Renaissance.

Ternyata percaturan itu berjaya. Untuk ruangan Mod kali ini, Sinar Turbo akan memaparkan Honda CR-Z yang telah ditambah baik prestasinya.

Suntikan turbo jenis ‘bolt on’ pada enjin asal jentera ini merupakan satu modifikasi yang boleh dianggap sebagai berani dilakukan kerana talaan asal jentera ini dilakukan bersesuaian untuk penggunaan petrol yang optimum dan di selaraskan untuk motor elektrik pada jentera ini.

Turbo yang digunakan pada enjin ini adalah turbo ‘bolt on’ dari jenama Rotrex bersama-sama ‘blow in’ dari Synapse. Selain modifikasi ‘bolt on’ yang di lakukan terhadap enjin jentera ini, beberapa sesi naik taraf yang lain turut dilakukan.

Pada bahagian ‘crank pulley’ enjin ini telah digantikan dengan “crank pulley’ jenis ringan dari Arospeed. Untuk prestasi pecutan yang optimum, bahagian ‘throttle-body’ enjin sudah menjalani proses ‘port n polish’ untuk menyerlahkan lagi prestasi daya pecutan pada jentera ini. untuk bahagian ‘intake’ udara pula pemilik menggunakan jenis ‘Fit’ dari Honda.

Radiator asal milik jentera ini telah digantikan dengan radiator jenis aluminium dari Forged Racing. Untuk saliran ‘intercooler’ enjin, saluran paip jenis aloi telah digunakan bagi memelihara suhu udara yang akan disalirkan terhadap sistem ‘intercooler’ tersebut.

Pada bahagian elektronik, Hondata Flashpro sekali lagi menjadi pilihan buat mereka yang memiliki jenama Honda. Pada bahagian kotak gear jentera ini, kebanyakan barangan selepas pasaran yang digunakan adalah dari OEM. Untuk bahagian kawalan memberhentikan jentera ini, penggunaan brek dari Nashin jenis 4 pot telah menjadi pilihan bagi mengawal mutu membrek jentera Honda CR-Z ini.

Bagi mendapatkan cengkaman dan juga kestabilan yang maksimum pemilik menggunakan suspensi jenis boleh laras dari PRS. Melengkapkan prestasi itu tayar Series bersaiz 215/35/18 bersama-sama rim ROTA Grid bersaiz 18 9jj digunakan untuk kepuasan melayan selekoh.

Pada bahagian dalaman pula, masih lagi dikekalkan ciri-ciri asal jentera ini. Cuma beberapa penambahan seperti ‘boost meter’ dan juga beberapa aksesori OEM pada bahagian dalaman jentera ini. Turut terlihat kit badan OEM turut disisipkan pada imej luaran jentera tersebut. Selain itu, jentera ini juga dilengkapi bar topang hadapan dan juga bar anti olengan untuk menambahkan lagi kekuatan kerangka jentera.

Kredit sepenuhnya diberikan kepada pemilik jentera hebat ini iaitu saudara Farhan (Paan) kerana segala usaha beliau menaik taraf jentera ini ke peringkat berlainan di dalam kelasnya. Kemahiran modifikasi jentera ini pula dibantu oleh bengkel Avantgarde yang memberikan sentuhan modifikasi yang unggul.

Modifikasi jentera ini membuktikan bahawa minat dan keinginan dapat mengubah segala ketidakmungkinan. Dahulunya sebuah jentera hibrid yang ‘sporty’, kini ia adalah sebuah jentera berprestasi dalam sukan pemotoran dan juga dunia penalaan.


SPESIFIKASI

Model : Honda CRZ
Engine asal : 1.5L
Modifikasi enjin: bolt on Rotrex supercharger , Honda Fit intake , Arospeed light weight crank pully , intercooler with full alloy piping, synapse blow in , open pod , Forged radiator , port n polish throttle body , ekzos Mugen keluli tahan karat
Elektronik : Hondata flashpro.
Kotak gear: OEM
Sistem brek : Nashin 4 pot
Tayar dan rim : rota grid 18 9jj all round tayar siries 215/35/18
Suspensi : PRS high low soft hard body shift.
Luaran: OEM , topang bar depan & bar anti olengan
Dalaman: Defi boost meter, OEM
Bengkel : Avantgarde
Pemilik : Farhan (Paan)

No comments:

Post a Comment