Sudut Iklan

Monday 24 March 2014

Australia perinci petunjuk kehilangan MH370

Australia teliti setiap petunjuk kehilangan MH370
MAR 24, 2014 HARAKAHDAILY


MELBOURNE: Pencarian objek kemungkinan dari pesawat Malaysia Arlines (MAS) MH370 yang hilang diperluas berikutan satelit Perancis memberi petunjuk baharu, lapor agensi berita Australian Associated Press.

Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan pada Ahad ia telah menerima gambar kemungkinan objek dari pesawat daripada pihak berkuasa Perancis, yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa Australia yang mengetuai pencarian pesawat di selatan Lautan Hindi.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata lokasi imej satelit Perancis berbeza sama sekali daripada yang dikeluarkan pihak China dan Australia, yang menjadi fokus utama pencarian.

Imej Perancis memfokus di kawasan kira-kira 850 kilometer utara dari kawasan pencarian sekarang, 2,500 kilometer barat daya Perth, Truss memberitahu ABC Radio pagi ini.

"Ia bukan di kawasan yang telah dikenal pasti sebagai tempat paling tepat pesawat memasuki laut.

"Tetapi dengan berkata begitu, kami perlu memeriksa semua pilihan. Kami hanya, saya agak, memegang kepada apa sahaja maklumat yang ada untuk cuba mencari satu tempat di mana kami mungkin boleh menumpukan usaha kami," katanya.

Australia mengetuai operasi mencari kesan pesawat pada Ahad yang belum berhasil, kata Truss.

Beliau turut memberi amaran tentang keadaan cuaca yang merosot di zon pencarian dan kemungkinan Taufan Tropika Gillian, yang dijangka kira-kira 1,000 kilometer utara di kawasan pencarian.

"Jelas, ia tidak akan bergelora di kawasan yang kita sedang kendalikan pencarian. Tetapi sudah tentu, ia akan menyebabklan keadaan cuaca yang kurang elok," katanya. 

- Bernama

No comments:

Post a Comment