Sudut Iklan

Friday 7 March 2014

Ultraman hanya animasi

Tidak perlu kecoh, Ultraman hanya animasi
MAR 07, 2014 HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Dalam Negeri semalam mengharamkan buku Ultraman The Ultra Power atas alasan buku tersebut mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam telah dijadikan bahan jenaka di media sosial dengan rata-ratanya menyindir dan mengeluarkan pelbagai tafsiran di sebalik tindakan kerajaan itu.

Oleh kerana KDN tidak menyebut secara jelas sebab-sebab pengharaman itu, maka semua orang membuat pelbagai andaian sendiri mengenainya, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Baginya, ada yang memberi hujahan serius, namun kebanyakannya lebih berbentuk sindiran atau lawak jenaka kerana siri Ultraman sendiri adalah karya animasi daripada Jepun yang begitu diminati oleh kanak-kanak.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri menyoal keputusan KDN itu dengan bertanya, "Apa salah Ultraman?" manakala bekas Ahli MT Umno, Saifuddin Abdullah jelas tidak bersetuju dengan tindakan KDN itu dengan menulis di twitternya, "saya dari dulu tak setuju dengan kecenderungan mengharamkan buku. Kalau tak setuju, tulis buku lain untuk bidas."

Dalam hal ini, kata Shahbudin apa yang seharusnya KDN lakukan ialah memanggil penerbit buku tersebut dan memintanya menarik baliknya edarannya yang mengandungi kalimah Allah itu serta menggantikannya dengan penggunaan bahasa yang lebih sesuai.

“Tidak perlu kecoh-kecoh. Walaupun banyak bangunan runtuh dan manusia mati kerana Ultraman, hakikatnya ia hanyalah siri kartun dan animasi saja.

"Apakah KDN hanya berani dengan kartun dan animasi saja tetapi tidak berani mengusik kesesatan dan bahaya yang betul-betul nyata di negara ini?” tulisnya lagi.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26205-tidak-perlu-kecoh-ultraman-hanya-animasi

No comments:

Post a Comment