Sudut Iklan

Ruang Iklan

Saturday, 17 May 2014

Bercerita aurat wanita lain kepada suami



DR USTAZAH ASIAH ALI | 16 Mei 2014.

Sebarang soalan untuk ruangan Fiqh Wanita ini bolehlah di emel terus ke alamat editorharakahdaily@gmail.com


SOALAN

Assalamualaikum,

Apakah hukumnya menceritakan perihal aurat wania lain kepada suami? Contohnya menceritakan bentuk badan seseorang rakan wanita di pejabat kita kepada suami.

terima kasih.

JAWAPAN
Hukum menceritakan perihal aurat wanita lain kepada suami adalah ditegah oleh syarak atau haram hukumnya, walaupun orang itu tidak melihat aurat tersebut.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a., Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya itu melihat perempuan yang diceritakannya". (HR al-Bukhari dan Muslim)

sumber : Harakahdaily

No comments:

Post a Comment