Sudut Iklan

Wednesday 7 May 2014

Dr Syed Husin: Hutang isi rumah M’sia RM754 bilion, tertinggi di Asia


KUALA LUMPUR 6 MEI: Senator Dr Syed Husin Ali dalam perbahasan Rang Undang-Undang GST di Dewan Negara semalam mendedahkan, jumlah hutang seisi rumah di Malaysia berjumlah RM754.6 bilion, iaitu 80.5 peratus daripada Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

“Pada penghujng 2012, jumlah hutang seisi rumah ialah RM754.6 bilion, iaitu 80.5 peratus daripada KDNK dan tertinggi di Asia,” kata Dr Syed Husin di Dewan Negara, semalam.

“Anak-anak muda yang baru keluar universiti dan bekerja sering terbeban dengan hutang yang banyak.

“Hutang pelajaran, hutang beli kereta, mungkin hutang beli rumah dan juga agaknya hutang hendak berkahwin,” kata Dr Syed Husin.

Tambahnya, jumlah hutang isi rumah yang dicatatkan menggambarkan bahawa setiap keluarga di negara ini menanggung beban pinjaman yang tinggi, termasuk golongan yang berpendapatan rendah.

“Mereka yang berpendapatan rendah juga dikenakan cukai GST. Kadar pendapatan lambat meningkat, sebaliknya harga barangan keperluan naik dengan cepat,” kata Dr Syed Husin yang menolak usul meluluskan RUU GST di Dewan Negara semalam.

Tambah Dr Syed, GST adalah cukai regresif yang bebannya lebih berat kepada golongan berpendapatan rendah, namun tidak begitu dirasakan oleh golongan kaya.

“Misalannya, beban cukai (GST) bagi orang berpendapatan RM10 ribu sebulan yang berbelanja RM5 ribu adalah lebih ringan daripada bagi orang berpendapatan RM3 ribu yang berbelanja RM2.5 ribu.

“Sudah tentulah ini (GST) tidak adil. ,” katanya.


sumber

No comments:

Post a Comment