Sudut Iklan

Ruang Iklan

Monday, 5 May 2014

Kota Kinabalu bergelap lagi


Bekalan elektrik terputus di sebahagian besar di Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira 3.30 petang ini menyebabkan bandar raya itu bergelap malam ini.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menjelaskan, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan pihak pembekal elektrik negeri memohon maaf kepada pengguna.

“Pelanggan yang dihormati, Kota Kinabalu sedang mengalami gangguan bekalan. Pihak SESB sedang melakukan kerja-kerja pembaikan.

“Maaf atas kesulitan ini,” menurut makluman ringkas SESB di laman web mereka.

Tiada penjelasan diberikan ekoran keadaan itu, yang berlaku untuk kali kedua di Sabah hari ini.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment