Sudut Iklan

Ruang Iklan

Monday, 5 May 2014

Penumpang terkandas, kelam kabut di LCCT


Dianggarkan seramai 1,000 orang penumpang terkandas Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini dalam suasana “kelam kabut” kerana hanya beberapa kaunter imigresen dibuka.

Penumpang yang dihubungi Malaysiakini juga berkata, tiada anggota ditugaskan untuk mengawal barisan penumpang.

“Saya beratur selama 45 minit dan ada seribu orang di hadapan saya.

“Tiada penyaman udara dan ada yang pengsan,” katanya yang enggan dinamakan.

“Saya tidak tahu jika bantuan perubatan diberikan kerana saya tersepit di tengah-tengah orang ramai ini.”

Seorang lagi penumpang, yang juga enggan namanya disebut berkata beliau terperangkap selama kira-kira sejam dan hanya melepasi kaunter imigresen selepas lebih banyak kaunter dibuka.

“Hanya ada satu atau dua kaunter dibuka untuk warga Malaysia tetapi lebih dari 1,000 orang sudah sampai. Tiada barisan atau polis bantuan yang membantu.

“Seorang VIP dibenarkan untuk melepasi sekatan dengan keluarganya, menyebabkan orang ramai berteriak. Mereka menjerit, 'Kami juga bayar cukai'.

“Ini salah Malaysia Airports. Kami bayar cukai lapangan terbang supaya mereka boleh sediakan perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, tiada papan tanda disediakan menyebabkan orang ramai menuju ke kaunter yang salah selepas beratur panjang.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment