Sudut Iklan

Ruang Iklan

Friday, 30 May 2014

Nurul Izzah mohon hak penjagaan dua anaknya

Ini walaupun peguam Raja Ahmad Shahrir (kanan) - Azmi Rais - hadir di mahkamah bagi pihaknya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan dua orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Ia dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dan Hakim Amran Mat Zain menetapkan 17 Jun untuk Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim melantik secara rasmi peguam untuk mewakilinya.



Bagaimanapun, Azmi yang hadir di mahkamah bersama dengan Zulkifli Che Yong sebagai peguam, memberitahu pemberita bahawa anak guamnya kini berada di London dan tidak dapat melantik mereka secara rasmi.

Sebelum itu Nurul Izzah dan peguamnya Nor Mawaddah Ramli dan Azmi bertemu dengan hakim dalam kamar.

Permohonan baru itu adalah tambahan kepada permohonan naib presiden PKR itu, untuk bercerai dengan suaminya, yang sedang dikendalikan oleh jawatankuasa perdamaian - sebuah panel bebas yang terdiri daripada wakil saudara masa pasangan itu dan seorang pegawai syariah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pegawai syariah itu sepatutnya mengemukakan laporan kepada Mahkamah Rendah Syariah, di mana permohonan Nurul Izzah untuk bercerai dibuat, sama ada mungkin ada jalan perdamaian atau sebaliknya.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh dan seorang anak lelaki yang berusia empat.

Nurul Izzah memfailkan permohonan hadanah ( hak penjagaan) di Mahkamah Tinggi Syariah KL pada 30 April.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment