Sudut Iklan

Ruang Iklan

Thursday, 8 May 2014

Kerajaan Naning beri gelaran 'Datuk' untuk artis Malaysia?


Mereka yang kini bergelar Datuk ialah penyanyi Boy Iman dan Nash , serta pelakon komedi Pian Cecupak.

T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mei 08, 2014
(Diterbitkan pada: Mei 08, 2014 11:43 MYT)

KUALA LUMPUR: Beberapa pelakon dan penyanyi Malaysia baru-baru ini dilaporkan dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran 'Datuk'.

Boy Iman, yang memuatnaikkan beberapa gambar daripada majlis penanugerahan itu di laman Instagram dan Twitternya, mengucapkan terima kasih kepada media yang hadir untuk membuat liputan.

Munurut laporan Sinar Harian, Boy Iman berkata menerima gelaran 'Datuk' adalah bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya dan kerja amal yang dilakukannya merupakan antara faktor utama dia dianugerahkan dengan gelaran itu.



Turut menjadikan kerja amal sebagai sebab utama untuk penerimaan gelaran 'Datuk itu ialah Pian Cecupak.

“Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nash pula dilaporkan berkata walaupun telah dianugerahkan dengan gelaran 'Datuk', dia tetap akan meneruskan kerja-kerja amalnya.

sumber : http://www.astroawani.com/news/show/kerajaan-naning-beri-gelaran-datuk-untuk-artis-malaysia-35408

No comments:

Post a Comment